CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3416|Reply: 17

Beto Khusairy Malas Layan Penonton KLGU Yang Menonton Saluran Haram

[Copy link]
Post time 16-10-2018 11:34 AM | Show all posts |Read mode



Jarang sekali produksi tempatan membuat drama bersiri samseng sebagai inti utama. Jika ada, agak sukar untuk ditayangkan di televisyen (tv) arus perdana. Jika terlepas sekali pun, pasti terlalu banyak adegan dipotong hingga mencacatkan jalan cerita.



Namun di Iflix (tv internet), segala-galanya berubah, bahasa kasar dibenarkan dilontarkan untuk menghasilkan karya realiti kepada khalayak. Lalu, terhasil lah drama rantaian 6 episod KL Gangster Underworld (KLGU) yang memaparkan sisi gelap gangster. Sambutan yang diterima juga menggalakkan, sesuai dengan kualiti siri ini.


Bagaimanapun, tetap ada yang menyedihkan apabila ada netizen yang memilih untuk menonton secara haram membuatkan pembikin filem berasa kecewa. Beto Kusyairi sebagai watak utama meluahkan rasanya di Twitter berkenaan hal ini.






Kredit foto: Twitter





Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa saluran Iflix ini adalah percuma, jadi anda tidak perlu risau kerana boleh menonton tanpa sebarang bayaran. Bagaimanapun ramai juga yang tidak bertanggung jawab menyebarkan siri ini secara tidak sah di pelbagai platform menyebabkan Beto dan ramai lagi kru lain marah.










Kredit foto: Carian Internet




Bagaimanapun, rata-rata pengikut Beto sebenarnya memang menyokong drama hebat ini dengan menontonnya di saluran sah. Malahan ramai yang tidak menghiraukan dunia sebenar semata-mata untuk menghabiskan enam episod berturut-turut.












"Benda free pun orang malas nak download eh? Bukan suruh langgan pun."

Ramai yang meminta produksi tersebut membuat sekuel atau pun prekuel kerana tidak sabar menantikan konflik terbaru.








Sebagai drama bersiri yang memaparkan tema berlainan dengan drama di televisyen arus perdana, KLGU adalah contoh drama yang harus diteruskan. Oleh itu, bagi peminat yang dahagakan filem aksi berkualiti perlulah menonton di saluran sah supaya pembikin filem lebih bersemangat selepas ini. - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2018 11:48 AM | Show all posts
Aduhh..kesian Beto. Lakonan dia tak pernah tak terbaik! Sentiasa best dan menjiwai watak
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
If tengok gamba statik sebegini lansung akak tak rembes kat Beto ni. Tapi bila tengok lakonan heol, memang terpikat.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
pompuan yg muka mcm fazura tu sapa?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:32 PM | Show all posts
putehkundor replied at 16-10-2018 12:14 PM
pompuan yg muka mcm fazura tu sapa?

fattah amin ke?
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Iye ke ramai sgt yg tgk kat platform haram? Ada statistik ke... Aku bukan apa, at least bagi la basis statement dia tu. Dia kena la terima hakikat kewujudan penyedut2 haram tu dan pasti ada penontonnya jugak. Cuma kena justify la betul2.
Blakon mcm x ikhlas je, asyik nak merempan klau ada benda x kena. Tak reti nak chill langsung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-10-2018 02:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Biasa je citer ni...tipikal drama gangster
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2018 04:32 PM | Show all posts
Adik aku layan kat Iflix katanya best.. aku lak tak minat citer gangster-ism ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-10-2018 03:27 AM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap: fattah amin ke?


Kahkahkah ! Punchline sgat !!
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2018 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku sampai skrg kalo tgk beto..aku panggil abg mayat hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 09:41 AM | Show all posts
ntah la si beto ni...dh tua2 ni kuat menyentap plak.....tapi ye la...piracy tu kire mencurik karya diorg ....  org curik eskrem pon kite dah marah....ni plak curi karya seni org....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2018 10:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Layan iflix tgk whats wrong with secretary kim lagi best
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 08:54 AM | Show all posts
baru tgk semlm...suke watak Adi n Belut..... mcm biase azhan rani....mmg rase nak sepak2 je muke die...hahaha....siot btol.... arini nak tgk episod last....
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Iflix yg free pon nak tgk kat tmpat lain???
Pfttttt
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:42 AM From the mobile phone | Show all posts
grouper replied at 18-10-2018 10:30 AM
Layan iflix tgk whats wrong with secretary kim lagi best

Best sgt ke crita tu? Haritu ada kwn i tnjuk sikit mcm slow jah. Cerita mystery kan? I jd mls nk tgk k-drama yg sekarang ni lps tertipu dgn scarlet heart. Xbest lgsg
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 09:43 AM | Show all posts
minat beto and the geng klw dorg berlakon... sume crita yang ni je mcm xleh nak tgk...feel tu x sampai....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-10-2018 09:56 AM | Show all posts
oklah.tp aku malu plak tgk org2 yg seksi2 sgt.seksa nengok
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2018 10:53 AM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 19-10-2018 09:42 AM
Best sgt ke crita tu? Haritu ada kwn i tnjuk sikit mcm slow jah. Cerita mystery kan? I jd mls nk t ...

Romantik komedi genrenya..klau ikut peminat kdrama ramai yg suka cite ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 03:07 AM GMT+8 , Processed in 0.147032 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list