Apabila mendengar perkataan minimalism pasti yang pertama bermain di minda kita ialah hidup dengan serba ringkas dan mempunyai barang-barang yang terhad. Ya, untuk tahap yang pertama memang itulah definisi hidup secara minimalism. Namun sebenarnya ada falsafah yang lebih besar di sebalik gaya hidup yang serba sederhana ini.
Gaya hidup minimalism ini adalah pilihan. Maknanya sesiapa sahaja berhak dan boleh mengamalkan gaya hidup ini. Kaya atau biasa-biasa sahaja. Rumah besar atau rumah kecil. Kerja gaji besar atau cukup-cukup makan. Kerana apa yang penting ialah bentuk pemikiran seseorang yang mengamalkan itu.
Oleh itu, amat penting untuk peringkat pertama seseorang yang ingin mengamalkan minimalism mempunyai minda yang mahukan keringkasan dan tak suka berserabut dengan perkara-perkara remeh.
Berikut antara tips untuk pemula yang mahu mengamalkan gaya hidup minimalism:
- Buang sahaja barang yang sudah tidak digunakan dan tidak berharga. Lagi cepat buang lagi bagus. Tidaklah asyik teringat-ingat di kepala.
- Hapuskan barang yang ada dua contohnya stapler atau baju sejuk. Ada banyak cara untuk hapuskan barang itu iaitu buang, derma atau beri kepada kawan.
- Mempermudah segala aspek dalam kehidupan contohnya diet pemakanan, barang-barang rumah, pengurusan kewangan, penjagaan kesihatan dan lain-lain.
Kuantiti barang yang sedikit memudahkan susun atur dan letak barang. Sumber: Google
Menjadi seorang minimalist tidak boleh berubah secara mendadak. Harus bermula kecil-kecilan dan sedikit demi sedikit. Kerana yang paling penting ialah set pemikiran. Belajar untuk tahan diri daripada membeli dan menaiktaraf kehidupan dari sudut material.
Ingat! Apa yang penting, setkan dulu minda untuk menjadi minimalis dan banyakkan membaca tentangnya. - CARI |