View: 2145|Reply: 12
|
Mahu Hantar Rakan Ke Syurga, Empat Gadis Menari Ghairah Di Majlis Pengebumian
[Copy link]
|
|
Video empat orang wanita menari ghairah di majlis pengebumian rakan mereka tular di media sosial.
Sumber dari Facebook @Kodhere menyatakan gadis-gadis Thailand ini menari untuk menghantar rakan mereka ke syurga semasa upacara pembakaran mayatnya.
Dalam rakaman tersebut, empat wanita berpakaian hitam menari bersama muzik rancak berentak EDM (electronic dance music), di depan sebuah bangunan yang dipercayai tempat rakannya dibakar.
Sementara itu seorang lagi gadis dilihat menangis, cuba menyembunyikan muka di dalam baju dan hanya duduk di atas SUV putih.
Walaupun tiada pengesahan dari mana-mana pihak, kebanyakan netizen melabelkan mereka sebagai 'coyotes' iaitu istilah Thai untuk wanita yang menari untuk menghiburkan pelanggan sama ada di kelab malam sehinggalah restoran makanan laut.
Video ini mendapat pelbagai reaksi termasuk yang mengkritik, mengatakan tarian dan muzik sebegitu langsung tidak sesuai dimainkan di kuil.
"Seolah-olah anda gembira kawan anda meninggal dunia," kata seorang netizen.
"Kawan saya suka minum. Nanti bila dia mati, saya nak berikan minuman keras untuk orang ramai," tulis seorang pengguna lain. -CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Yang menari tu pun menangis juga kan?
Nampak macam tengah kesat air mata.
Anggap jer la ini permintaan terakhir mendiang.
Nak minta diiringi dengan muzik dan tarian. |
|
|
|
|
|
|
|
Arwah tu lelaki ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Neh karier ai mase duk US dolo |
|
|
|
|
|
|
|
ih ih ih... macam ni pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
nasib dia surh menari je
kalau dia suruh teman dia dalam keranda sampai reput? |
|
|
|
|
|
|
|
macam ni pon ade |
|
|
|
|
|
|
|
Barangkali yang meninggal tu dah sampai dah ke sorga.
Terima kasih kepada penari yang berdedikasi |
|
|
|
|
|
|
|
mieymiey replied at 15-10-2018 08:25 AM
Yang menari tu pun menangis juga kan?
Nampak macam tengah kesat air mata.
Anggap jer la ini permin ...
amboii feelingg sangat.. lebih baik dia pasang lagu mcr-helena waktu dia mati.. |
|
|
|
|
|
|
|
Husnuzon la sikit
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan ada orang kita tiru dah ler... |
|
|
|
|
|
|
|
benda merepek apa aku baca ni |
|
|
|
|
|
|
|
kalu betul la tu request dari arwah mmg sporting abisla si arwah tu... |
|
|
|
|
|
|
| |
|