View: 989|Reply: 1
|
Dakwaan Mukhriz Ganti Muhyiddin Adalah Fitnah- BERSATU
[Copy link]
|
|
Tular di media sosial yang mendakwa Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan menggantikan tempat Tan Sri Muhyiddin Yassin yang didiagnosis menghidap kanser pankreas sebagai menteri dalam negeri.
Manakala Anggota Parlimen Sungai Petani dan ADUN Gurun, Datuk Johari Abdul akan menggantikan Mukhriz sebagai menteri besar Kedah.
Memetik laporan Malaysiakini, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tampil membuat penafian.
Terdahulu, BERSATU berkongsi tangkap layar mesej berkenaan dengan tertera perkataan "Fitnah" di Facebook rasminya.
Menurut mesej itu, Muhyiddin didakwa bakal meletakkan jawatan kerana faktor kesihatannya.
Bagaimanapun, Muhyiddin yang juga merupakan presiden BERSATU dilaporkan hadir berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim di Port Dickson semalam.
Selain itu, Muhyiddin juga sempat mempengerusikan mesyuarat mingguan kabinet sebagai menggantikan Dr Mahathir yang tidak dapat hadir kerana berada di Bali menghadiri persidangan antarabangsa.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
legasi dan kekayaan keluarga mereka perlu dikekalkan |
|
|
|
|
|
|
| |
|