View: 1524|Reply: 11
|
Anak Durjana Penggal Kepala, Kerat Badan Bapa Ditahan Reman 7 Hari
[Copy link]
|
|
Semalam berlaku satu kes pembunuhan kejam membabitkan seorang lelaki yang disyaki membunuh bapanya dengan mengerat badan kepada enam bahagian dan memenggal kepala di Kampung Kanthan Baru di Chemor.
Kredit foto: www.utusan.com.my
Susulan itu, FMT melaporkan suspek dibawa ke mahkamah pada pukul 11.05 pagi tadi dengan diiringi anggota polis Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh dan kini dilaporkan ditahan reman tujuh hari bermula hari ini.
Perintah reman di bawah Seksyen117 Kanun Tatacara Jenayah terhadap suspek berusia 52 tahun itu dikeluarkan Majistret Siti Salwa Ja’afar di Mahkamah Majistret di Ipoh.
Lelaki yang diberkas semalam itu ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Kanthan Baru dekat Chemor semalam, mayat, You Su Kim, 74, ditemukan di dua lokasi berasingan dengan kepala, kedua belah kaki dan tangan ditanam manakala bahagian badan pula dibuang dalam lubang pembentungan.
Perbuatan tersebut dipercayai dilakukan anak lelakinya sekitar tengah malam semalam sebelum suspek cuba melupuskan mayat bapanya itu dengan cara menanam dan membuang di belakang rumah.
Pemeriksaan polis di lokasi kejadian juga menjumpai kesan darah di dalam salah sebuah bilik selain menemukan sebilah parang panjang yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tua2 nak habis usia dah ujung2 kena habiskan dalam penjara kalau tak habis nyawa dlm tu pun still merempat bila keluar. Best sangat ke high dadah tu uncle? {:smile |
|
|
|
|
|
|
|
laaa ingatkan si anak umur 20an. dah dekat 60 dah
kesian si ayah tuuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
kesian apaknya.. nyawa melayang di tangan anaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak, kenapa sekejam itu? |
|
|
|
|
|
|
|
ke potong ayah dia yg dah mati...
cina ni kadang2 pelik juga...
funeral expenses mahal...
dulu ada kes kat Perak juga kan...
bertahun2 dia simpan mayat...
sebab x de duit... |
|
|
|
|
|
|
|
thread lama kenapa naik balik..
tapi kejam giler la.. |
|
|
|
|
|
|
|
Siapa naikkan thread. Dah tak jadik isu semasa
Masa baca tajuk, ckp dlm ati puasa2 ni... hmm. Sekali baca kuar nama org tak puasa & tarikh pon tak semasa aihhhh... kesian la kalau dia kerat sbb tak mampu nk bayar funeral... tak pasal2 masuk penjara. Or diri sendiri pon tak mampu nak bayar duit makan. Tu yg terpk kerat mayat & dpt masuk penjara |
|
|
|
|
|
|
|
Apa motif dia bunuh bapaknya? |
|
|
|
|
|
|
|
hisap syabu...
kena marah dgn bapaknya...
|
|
|
|
|
|
|
| |
|