|
|
Kalau dah berasal dari keluarga seni, pasti sedikit sebanyak darah seni itu mengalir pada generasi seterusnya. Apatah lagi bila si cilik yang dimaksudkan mempunyai pertalian rapat dengan penyanyi Nombor 1 tanah air, Dato' Sri Siti Nurhaliza.
Ummi Umairah, 7 anak saudara Siti Nurhaliza mempunyai akaun Instagram sendiri dan dari situlah, si comel ini melantunkan suaranya menyanyikan lagu-lagu kegemarannya. Anak sulong Siti Saerah ini kelihatan sangat bersahaja ketika menyanyi membuatkan netizen terpesona dengan bakatnya.
Ternyata suaranya tetap sedap didengar malah bijak pula mengalunkan melodi tersebut membuatkan ramai netizen memuji bakat semulajadi Umairah ini
Malahan, ada juga netizen yang meramalkan Umairah bakal menjadi penganti emak saudaranya.
 Muka Afiya hampir serupa dengan muka Umaira - IG
Bukan sahaja menyanyi dalam Bahasa Melayu, Umairah juga boleh mengalunkan lagu dalam bahasa Mandarin. Wah! tidak hairanlah kerana Umairah bersekolah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SKJC).
Kredit foto: IG
Kami di Cari mengucapkan semoga berjaya Umairah! - CARI
|
|