View: 3034|Reply: 16
|
[Tempatan]
Pembantu rumah dipenjara curi Vellfire, beg LV majikan
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Seorang pembantu rumah dihukum penjara 14 bulan dan denda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret Ampang dekat sini hari ini setelah mengaku bersalah mencuri sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Vellfire dan pelbagai barangan berharga serta wang tunai milik majikannya, pada ambang Hari Kebangsaan lalu.
Mengikut pertuduhan pertama, Siti Amirah Amirullah, 21, didakwa mencuri kenderaan tersebut bernombor pendaftaran W970R berwarna putih bernilai RM150,000 milik Nur Afifa Abd. Aziz, 30, di tempat letak kenderaan di Kondominium Desaku 2, Jalan Melati Indah 1, Kemensah Height dekat sini antara pukul 8 malam, 30 Ogos dan pukul 12.30 tengah hari, 31 Ogos lalu.
Bagi pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 379A Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Pertuduhan kedua, wanita itu didakwa sebagai pembantu rumah telah mencuri pelbagai barangan berharga iaitu beg tangan jenama Louis Vuitton (LV), jam tangan jenama Swarovski, pakaian dan wang tunai berjumlah RM5,000 yang keseluruhannya bernilai RM8,000 milik majikannya itu di unit kondominium sama, pukul 12.30 tengah hari, pada cuti umum minggu lalu.
Mengikut fakta kes, ketika kejadian, mangsa sekeluarga tiada di rumah dan meninggalkan kereta itu di tempat letak kenderaan dalam keadan baik dan berkunci. Namun, rakan suami mangsa telah menghubungi mereka apabila terlihat kereta mangsa berada di Batu Caves.
Siti Amirah ditemui telah melarikan kenderaan itu bersama seorang lelaki yang dikenalinya dengan memandu kenderaan itu menghala ke Tanjung Malim, Perak.
Dia yang masih bujang telah bekerja setahun setengah di rumah Nur Afifa yang merupakan pemilik sebuah syarikat pembersihan didakwa mengikut Seksyen 381 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raihanah Abdul Razak manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Majistret Haslinda A. Raof memerintahkan tertuduh dihukum penjara 14 bulan dan denda RM5,000 bagi kesalahan mencuri MPV Toyota Vellfire berkenaan manakala bagi mencuri pelbagai barangan berharga dia dihukum penjara 12 bulan dan denda RM2,000.
Kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak bermula dari tarikh tangkapnya pada 31 Ogos lalu dan tempoh dia dipenjara boleh ditambah tujuh bulan lagi jika gagal membayar denda. - UTUSAN ONLINE
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 64524#ixzz5TVJQghRU
© Utusan Melayu (M) Bhd
|
|
|
|
|
|
|
|
aiyoooo lain kali join la politik...leh rilek2 je mintak derma...
itu lagi mau ajar ka |
|
|
|
|
|
|
|
muda lagi budak ni, beraninye, tapi unlucky |
|
|
|
|
|
|
|
jantan rakan subahat dia tak kena dakwa sama ke? could be jantan tu yg pengaruhi cikki ni untuk buat kerja bodo gitu |
|
|
|
|
|
|
|
tak sempat nak melaram naik Vellfire
kelek LV.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ke sbnrnya dia melaram dgn bende2 rumah majikan ? Kire pinjam tanpa izin tp kantoi gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia pikir panjang tu. Nak buat anak sedozen dgn boifren. Tu yg amek veilfire tu.
Beg LV plak senang sumbat diapers dgn susu |
|
|
|
|
|
|
|
Ak x rs dia nk curi, tp pinjam x bgtau je kot. Alang2 bos tgh bercuti, dia pun melaram sakan la guna kete bos. |
|
|
|
|
|
|
|
Aritu masa toklip kecoh maid indon mencuri. Ramai yg suruh amik org tempatan.. sama 2x5 je... |
|
|
|
|
|
|
|
Mcm gini pn ada ka?tp nape penjara 14bulan ke?bg ler up sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
mek spekulasikan kes ini sebagai mencuri secara tidak sengaja |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti nak berlagak have have tapi tak kesampaian |
|
|
|
|
|
|
| |
|