Gambar sekadar hiasan
Masa ini, ramai peniaga yang menyediakan perkhidmatan menghantar makanan yang ingin dibeli oleh para pelanggan terus ke rumah atau di tempat kerja. Ia banyak membantu dan memudahkan urusan mereka yang kesuntukan masa atau mengalami kesukaran untuk keluar membeli. Hubungi sahaja penjual melalui SMS atau whatsapp untuk menempah makanan. Jadi, pelanggan tidak perlu lagi bersusah payah untuk bersiap, memandu kenderaan sendiri atau membuang masa untuk membeli makanan yang ingin dimakan.
Bagaimanapun, setiap peniaga tetap mempunyai risiko dengan perkhidmatan yang mereka sediakan. Ada pelanggan yang membatalkan tempahan pada saat akhir dan ada juga apabila penjual sudah sampai di depan rumah tetapi pembelinya tidak memberi sebarang respon. Perkara-perkara sebegini perlu dihadap oleh para peniaga yang menerima tempahan dan menyediakan khidmat penghantaran.
Seorang pengguna Facebook yang juga seorang peniaga dan menyediakan khidmat penghantaran makanan terkesan dengan situasi yang dialami oleh peniaga lain yang mengalami nasib malang akibat pelanggannya membatalkan tempahan. Apalah sangat dengan caj penghantaran sebanyak RM3 yang dikenakan berbanding dengan tenaga dan modal yang digunakan untuk membeli bahan mentah, memasak dan seterusnya menghantar terus ke rumah pelanggan.
RM3 pun berkira ke?
Ramai netizen yang mengecam tindakan pembeli yang membatalkan tempahan yang sudah siap di masak hanya kerana berkira dengan caj penghantaran RM3 itu. Ia dianggap melampau dan tidak bertanggungjawab sekaligus menganiaya penjual yang hanya mendapat keuntungan yang tidak seberapa daripada hasil jualannya.
Penjual pun salah juga!
Ada juga netizen yang berpendapat kejadian sebegitu bukanlah salah di pihak pembeli sahaja kerana penjual tidak memberitahu caj penghantaran tersebut ketika menerima tempahan. Sepatutnya ia perlu dijelaskan lebih awal agar pembeli bersetuju dan tidak membatalkan tempahan setelah ia sedia untuk dihantar.
Dah la pemalas, kedekut pula
Apa-apa pun, rata-rata netizen menganggap pembeli tersebut seorang yang bukan sahaja pemalas tetapi kedekut. Maklumlah, zaman sekarang, kos hidup makin meningkat dan agak mustahil untuk peniaga-peniaga memberi penghantaran percuma melainkan caj tersebut sudah dimasukkan bersama harga makanan. Jadi, netizen mencadangkan agar penjual terus memasukkan caj penghantaran.
Pilihan di tangan sendiri, jika RM3 pun hendak berkira, lebih baik keluar sendiri membeli bahan mentah dengan berjalan kaki ke kedai dan memasaknya sendiri di rumah dengan menggunakan dapur kayu. Sudah tentu wang ringgit dapat dijimatkan. Setuju tak?- CARI |