Kredit foto:
Bagi pengguna tegar Twitterland, pasti faham dengan maksud DS Account yang sebenarnya. Golongan ini dikatakan mempunyai peminat yang ramai dan popular dalam kelompoknya yang tersendiri.
DS Account adalah singkatan pada perkataan Dark Side account yang membawa maksud pemilik Twitter memaparkan sisi gelapnya (keinginan seksual) tanpa mendedahkan nama serta gambar mereka sendiri. Kebanyakan tulisan mereka mencarut, mengajak untuk melakukan hubungan intim dan pelbagai lagi seterusnya mendorong individu lain jantina melunaskan keinginan mereka.
Tidak dapat dipastikan siapakah yang berada dibelakang DS Account, namun ramai juga mempercayainya pemilik DS Account sangat jauh berbeza daripada penampilan yang sebenar.
Kredit foto: Twitter
Kredit foto: Carian Internet
Menurut Syafi, niatnya bukan untuk menyalahkan wanita bertudung tetapi individu yang mahu berselindung namun dalam masa sama menggunakan baju korporat adalah tidak wajar. Kebodohan pemilik DS Account terserlah apabila memuatnaik gambar selfie yang agak jelas untuk dibuat pengecaman.
Lebih memalukan kerana individu tersebut bertudung labuh, memakai sarung lengan tetapi sangat 'kehausan' untuk dibelai oleh lelaki. Ada juga netizen yang melabelkan golongan ini sebagai Ustazah Kinky bermaksud biarpun bertudung tetapi mempunyai keinginan tersirat yang harus diluahkan di media sosial.
Menjelaskan yang kebiasaannya akaun sebegini menggunakan sama ada gambar orang lain atau pun gambar sendiri tetapi hanya memaparkan bahagian tertentu tanpa pose wajah. Lebih menyedihkan kerana ramai yang berada di sebalik akaun lucah ini adalah mereka yang bertudung. Oh! sedihnya.
Kredit foto: Carian Internet
Ia juga tidak terhad kepada wanita sahaja, kerana ramai juga lelaki membuat DS account untuk mencari mangsa yang sekufu. Motif mereka ialah memuatkan gambar atau video lucah, ucapan berbau seks dan semuanya tanpa menonjolkan wajah yang sebenar.
"DS tak bermaksud s**t. Dia mungkin nakal skit, tapi dia tak boleh luahkan kenakalan tersebut sebab dia bertudung atau popular atau takut diadili. Mungkin dia mempunyai dua akaun berasingan iaitu sebuah Twitter yang bersih manakala sebuah akaun lagi sangat lucah."
Jadi, apa yang pembaca ini mahukan daripada DS Account?
Timbul juga isu kebanyakan pemilik DS Account adalah wanita dan lelaki gemuk. Ini kerana secara lahiriah golongan ini sukar mendapatkan pasangan, jadi mereka akan membuat akaun lucah untuk menarik perhatian orang kepada mereka. Hanya ini sahaja cara untuk membuatkan mereka berasa normal seperti orang lain.
Kredit foto: Carian Internet
Nampaknya, kita mempunyai masalah yang sama berat dengan LGBT, iaitu keinginan seksual yang diluahkan menerusi media sosial. Gejala membimbangkan ini harus dipantau supaya generasi seterusnya tidak terikut dengan perbuatan yang tidak bermoral ini. Apa cadangan anda? - CARI
|