CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1025|Reply: 1

[Tempatan] Langgar Akta Pilihan Raya: Anwar jawab tuduhan

[Copy link]
Post time 8-10-2018 02:49 PM | Show all posts |Read mode
PORT DICKSON - Calon PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab tuduhan calon Bebas, Stevie Chan Keng Leong yang mendakwanya telah melanggar Akta Pilihan Raya 1954.

Menurutnya, apa yang dilakukan beliau adalah untuk membantu warga Port Dickson dan bukannya sogokan.

"Projek tuisyen yang dilancarkan sebelum ini tidak ada kena mengena dengan kerajaan.

"Dia (Stevie) buatlah apa pun, dia patut terangkan apa yang harus dibuat untuk warga Port Dickson," katanya selepas majlis makan tengah hari dan ramah mesra bersama peniaga kecil, di sini, hari ini.

Menempelak dakwaan apa yang dilakukannya adalah sogokan, Anwar yang juga Presiden PKR berkata, apa yang dilakukannya adalah satu projek untuk rakyat Port Dickson.

"Kita tak boleh ke tolong orang Port Dickson?," katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Anwar langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya, kata Stevie]

Hari ini, Stevie Chan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson kerana mendakwa ceramah Anwar pada 30 September lalu, di Sri Tanjung, telah mengumumkan tiga program untuk rakyat Port Dickson iaitu projek pelancongan lima bintang, program latihan penerbangan dan program pendidikan.

Laporan itu juga mendakwa, Anwar juga telah melancarkan program tuisyen dalam talian percuma untuk pelajar tingkatan satu hingga lima pada Khamis lalu.

Kata Stevie Chan, laman web, pdtuition.com dengan jelas menyatakan bahawa ia ditaja oleh Anwar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 04:43 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru nak tolong? Sebelum ni?

Eloklah stevie. Buat apa yg patut.

Orang Desperate nak membelahak nafsu apa pun dia je yg betul.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.309310 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list