CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 995|Reply: 1

Bayi Lelaki Dengan Kesan Gigitan Anjing Ditemui Berdekatan Sebuah Kedai

[Copy link]
Post time 8-10-2018 01:11 PM | Show all posts |Read mode
Memetik laporan Astro Awani, awal pagi semalam bertempat di Jalan PSK1, Seri Kembangan, seorang bayi lelaki ditemukan dengan kesan kecederaan dipercayai akibat gigitan anjing berdekatan sebuah kedai serbaneka.


Bayi Lelaki Dengan Kesan Gigitan Anjing Ditemui Berdekatan Sebuah Kedai



Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang, Supt Mohd Rosdi Daud dalam satu kenyataan, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menjumpai bayi yang dibalut dengan kain itu kira-kira 4.13 pagi.


“Terdapat kesan kecederaan di kaki dan lutut bayi itu dipercayai digigit anjing. Bayi dipercayai berumur beberapa hari dan bangsanya belum lagi dikenal pasti.”


Tambah beliau, bayi berkenaan dihantar ke Hospital Serdang dan ditempatkan di wad penjagaan intensif untuk bayi (NICU) hospital berkenaan dan keadaannya stabil.


“Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi,” katanya.


Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara berkenaan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang bagi membantu siasatan.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2018 03:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Zalimnya manusia zaman ini. Takde perikemanusiaan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.180662 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list