CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1187|Reply: 4

Kapal Mewah 'Equanimity' Dijangka Dijual Pada Hujung Tahun Ini

  [Copy link]
Post time 5-10-2018 06:13 PM | Show all posts |Read mode
Permohonan pihak kerajaan untuk melantik broker pusat dan penilai antarabangsa untuk mengendalikan penjualan kapal mewah 'Equanimity' yang dikatakan milik ahli perniagaan yang sedang diburu Low Taek Jho atau Jho Low telah mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi (Admiraliti) hari ini.


Kredit foto: carian internet



Mstar melaporkan, peguam Sitpah Selvaratnam yang mengetuai pasukan perundangan untuk kerajaan dan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memaklumkan, broker pusat itu kini boleh mula membuat kertas kerja yang diperlukan untuk memasang iklan dan memorandum maklumat untuk bakal pembeli mengenai spesifikasi dan keadaan kapal itu.


"Kami menjangkakan kapal akan dijual dalam beberapa minggu akan datang."


Beliau berkata demikian selepas mendengar permohonan perintah penjualan kapal itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Khadijah Idris di kamarnya hari ini.


Ketika ditanya tentang harga, peguam itu berkata, "Kami belum tahu. Ia maklumat sulit ".


Ditanya sama ada Jho Low atau syarikatnya telah membuat permohonan untuk menuntut kapal di mahkamah, Sitpah berkata, "Tidak, tiada sesiapa yang secara rasmi datang kepada kami".


Pada 24 Ogos, Mahkamah Admiralti membenarkan permohonan kepada kerajaan serta 1MDB dan dua anak syarikatnya, iaitu 1MDB Energy Holdings Limited dan 1MDB Global Investment Limited untuk menjual Equanimity.


Kapal mewah itu dibawa ke Pelabuhan Klang pada 7 Ogos setelah pihak berkuasa Indonesia menyerahkannya kepada Malaysia.


Ia dirampas dari Bali pada bulan Februari atas permintaan pihak berkuasa Amerika Syarikat sebagai sebahagian daripada siasatan rasuah yang dilancarkan oleh Jabatan Keadilan Ameriak Syarikat (DoJ) ke atas 1MDB.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-11-2018 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Bidders yg berminat nak usha / round2 tengok check kapal ni kena standby USD1 million duit cengkeram.

Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 05:35 AM | Show all posts
Bukan bahan bukti ker?
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 06:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai skg blom dengar ada potential buyer...
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2018 07:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by akusukaq at 28-11-2018 07:17 AM

usah mimpi le ada orang luar nak beli.
ereb kaya  pun takde nak buat pelaburan yg rugi.lain le kalu letak harga lelong.akhir nya jadikan kapal liburan vvip dan taikoon2 kroni atuk.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.400114 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list