View: 4084|Reply: 13
|
Tip Mudah Masak Ikan Tongkol Agar Lebih Sedap Dan Pejal Dagingnya
[Copy link]
|
|
Ikan tongkol masak lemak ataupun sambal makan dengan nasi dagang memang kegemaran rakyat di Pantai Timur. Untuk pengatahuan semua, sajian nasi dagang bersama ikan tongkol anda boleh nikmati seawal sarapan pagi lagi.
Namun, taukah anda, peghasilan menu ikan tongkol yang sedap dan umph bermula dari penyediaanikan itu sendiri. Rahsianya ikan itu perlu direbus dahulu. Nak tahu caranya? Jom lihat cara Cikgu Afy Al Habibi kongsikan cara-cara rebus ikan tongkol yang sebenar.
Cara-cara merebus ikan tongkol
Bahan-bahan
6 ekor ikan aya/tongkol saiz sederhana
Garam halus secukupnya
Hirisan halia
Hirisan lengkuas
Sedikit cuka makan
2-3 helai daun pandan
Cara-cara memasaknya
1. Bersihkan ikan dan toskan airnya.
2. Dalam periuk yang bersesuaian, susu 2-3 helai daun pandan sebagai alas. Fungsinya ia akan membantu membuang hanyir pada ikan.
3. Susun ikan elok di dalam periuk dalam 1 lapisan.
4. Tabur garam halus sebanyak 1 setengah sudu teh setiap lapisan.
5. Masukkan juga 3/4 sudu makan gula melaka.
6. Tambahkan hirisan lengkuas dan halia.
7. Renjiskan cuka atas ikan secara rata. Penggunaan cuka inilah rahsia kepingan ikan menjadi pejal.
8. Ulang cara yang sama untuk lapisan seterusnya. Cuma tak perlu tambahkan daun pandan lagi. Tak perlu masukkan air kerana sewaktu ikan dalam peroses rebusan, air dari ikan keluar sendiri.
9. Lapisan paling atas, letakan kepala ikan untuk elakkan ia cepat hancur.
10. Boleh buka api. Rebus ikan guna api paling perlahan dan masak kira-kira 1 jam. Pastikan tudung ditutup sewaktu merebus.
11. 10 minit sebelum tutup api, buka penutup periuk dan besarkan api sedikit. Biarkan air rebusan ikan tinggal 1/4 sahaja.
12. Setelah siap merebus, biarkan ikan sejuk sebelum diasingkan. Makin dibiar lama, ia akan menjadikan gulai ikan nanti menjadi lebih sedap.
13. Siap. Dah bolehlah masuk ke dalam gulai.
Selamat mencuba! - CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih TT. Nak cuba lah |
|
|
|
|
|
|
|
My recipe tak letak halia
cuma letak lengkuas, garam, gula, asam keping
Lapik daun pandan |
|
|
|
|
|
|
|
Macam mana nak bezakan ikan tongkol lembut dengan keras? Sampai sekarang tak reti. Yang lembut tu sedap juga isi dia |
|
|
|
|
|
|
|
yang lembut tu, sirip tepi dia panjang.. |
|
|
|
|
|
|
|
yang step 1 tu toksinkan air? biar betik |
|
|
|
|
|
|
|
Kalo tak masuk air tak hangit keeee?? |
|
|
|
|
|
|
|
die nak tulis 'toskan' kot..
|
|
|
|
|
|
|
|
Tak perlu masukkan air kerana sewaktu ikan dalam peroses rebusan, air dari ikan keluar sendiri. - ni dia tulis..lgpun api perlahan
|
|
|
|
|
|
|
|
ikan aya ni adik beradik sikit ngan ikan salmon kan?
kira macam ikan salmon kasta tinggi sikit dr aya.
Tak pernah beli ikan tongkol sbb ikan ni jenis berdarah banyak which is i sgt phobia |
|
|
|
|
|
|
|
min suka yg sirip panjang tu sbb dagingnya lembut...yg sirip pendek, daging keras
|
|
|
|
|
|
|
|
ooo i see,
|
|
|
|
|
|
|
| |
|