Seorang penjawat awam berdepan hukuman penjara 10 tahun atas pertuduhan mencuri 30 biji telur ayam gred A di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu.
Tertuduh Eddy Ezry Nordin, 32, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan dihadapan Majistret Noradila A.Latif.
Kecurian itu dilakukan di sebuah pasaraya di Kuala Terengganu pada 26 September lalu.
Terdapat beberapa barangan lain yang turut ditemui ketika tertuduh ditahan, berjumlah RM128.39.
Tertuduh dibenarkan diikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin oleh mahkamah.
13 Oktober ini sebutan semula kes.
|