CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2070|Reply: 5

"Selamatkan Penyu" - Yuna Sedih Dengan Penganiayaan Binatang

[Copy link]
Post time 4-10-2018 03:47 PM | Show all posts |Read mode



Di kala artis lain memperjuangkan hak peribadi di media sosial, penyanyi yang sukses di Amerika Syarikat ini bertindak sebaliknya. Yuna kini aktif memberi kesedaran mengenai penganiayaan binatang liar kepada para pengikutnya kerana terkesan dengan tragedi buruk yang menimpa haiwan ini.


Mengulang kicau beberapa insiden terhadap haiwan yang makin pupus ini seperti penyu dan harimau Malaya, Yuna berharap dengan status selebriti yang dimilikinya akan lebih ramai menyedari masalah ini seterusnya berusaha mencari penyelesaian terhadap permasalahan.






Kredit foto: Twitter




Bagi Yuna, insiden penyu dibunuh dengan kejam hanya kerana mahu mendapatkan telur penyu adalah perbuatan yang sangat tidak bermoral. Manusia seolah-olah hilang pertimbangan diri kerana wang dan juga nafsu.







Kesedihan Yuna turut dipersetujui oleh pengikutnya yang berasa terkesan kerana penyu dibunuh semata-mata mahu mendapatkan telurnya. Apatah lagi membayangkan sudah tidak ada makanan lain di muka bumi ini hinggakan golongan ini sanggup menggadaikan penyu yang semakin pupus ini?









Bagaimanapun, pihak berkuasa di Sabah telah mengeluarkan kenyataan bahawa kejadian tersebut bukannya berlaku di Pulau Pom Pom tetapi di Pulau Bum Bum dan ia sebenarnya adalah gambar tahun lepas. Bagaimanapun mereka memberi jaminan bahawa hidupan laut terpelihara di bawah jagaan mereka.





Terdahulu, Yuna juga turut menyatakan kesedihannya mengenai nasib malang harimau betina yang dibunuh hanya semata-mata ada individu mahu menjadikan kulit binatang ini sebagai permaidani. Harimau itu pula sebenarnya sedang mengandung dua anaknya yang tidak sempat pun dilahirkan.







Dengan kesedaran ini, secara tidak langsung Yuna berjaya memberi kesedaran kepada lebih ramai orang untuk menghargai fauna yang semakin pupus ini.





Kredit foto: Twitter





Biarpun telah memegang status penyanyi antarabangsa, Yuna tetap dilihat antara artis yang 'down to earth' serta dekat dengan peminatnya di laman media sosial. Selain itu, Yuna juga tidak memerlukan gosip untuk terus mengekalkan namanya sebagai penyanyi berjaya dan paling penting dia antara artis yang memberi kesedaran mengenai pencemaran alam sekitar. - CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 04:16 PM | Show all posts
akak cadangkan kita ternak panda kt malaysia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 04:49 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-10-2018 04:16 PM
akak cadangkan kita ternak panda kt malaysia.

Beruang matahari yang ada kat Zoo tu pun kering kontang je badan tak yah la nak ternak panda pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian nya penyu2 tu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya penyu. Eeee. Tak rse ke penyu tu comel cantik je berenang dalam laut sampai hati tebuk mcm tu je
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamatkan tudung tiberrrr


Btw selamatkanlah fauna2 di dunia ni.. go vegan!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:06 AM GMT+8 , Processed in 0.052558 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list