CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2928|Reply: 7

Gara-Gara Iklan Billboard Grab, Netizen Berbalah Isu Isteri Baru Dan Lama

[Copy link]
Post time 4-10-2018 03:30 PM | Show all posts |Read mode





Hanya kerana sebuah iklan dari aplikasi perkhidmatan kereta, Grab berkenaan penghantaran makanan untuk memudahkan para isteri, menyebabkan ramai netizen berbalah isu gender.

Dengan kapsyen "ada Era Malaysia Baharu, ibu ada pilihan untuk tidak masak" inilah yang dipersoalkan. Kaum lelaki dinasihati memilih isteri dari era Malaysia lama yang memasak untuk keluarga berbanding isteri era Malaysia baharu yang banyak kemudahan penghantaran makanan.

Ia membuatkan kaum wanita berasa hati kerana seolah-olah lelaki meletakkan peranan memasak di bahu mereka, sedangkan isteri sama-sama bekerja bagi membantu ekonomi keluarga.



Foto : Twitter



Bagi suami, isteri WAJIB pandai memasak.



Bagi majoriti wanita alaf baru pula, pendapat tersebut melampaui batas. Ini kerana suami dan isteri sebenarnya berperanan sama banyak di era ini. Jadi adalah tidak tepat apabila soal memasak hanya diserahkan kepada isteri semata-mata.



Jadi, mereka juga menasihati kaum sejenis supaya memilih suami rajin meringankan beban di rumah, bukannya lepak di Twitter mencari salah isteri sahaja.  



















Foto : Carian Internet




Bagi wanita ini, status suri rumah juga bukan alasan  para suami untuk melepaskan segala kerja rumah kepada isteri. Ini kerana bukan mudah untuk menguruskan rumah bersama anak-anak yang masih kecil.





Bagaimanapun, tidak semua lelaki bersetuju dengan pendapat hanya perempuan sahaja memasak. Ini kerana dengan masing-masing bekerja membuatkan tugas perlu dibahagi sama rata.  










Foto : Carian Internet




"Lagi pula, apa lah salahnya suami menolong isteri di rumah. Jika tidak mampu, kan ada food delivery. Happy wives=Happy Family."








Ada juga yang memerli suami sebegini untuk mencari jodoh wanita era Malaysia lama dengan hujah padu.










Ada juga yang berpendapat memasak bukanlah satu-satunya cara untuk mengikat hubungan. Ini kerana ramai yang bahagia walaupun dapur mereka tidak berasap. Lagi pula kepenatan bekerja membuatkan masing-masing lesu untuk memasak, jadi beli bungkus adalah penyelesaiannya.




Foto : Carian Internet




Disebabkan ramai wanita dan lelaki bertegang urat, ada juga netizen yang mencadangkan supaya ...












"Sebenarnya ini salah grab"






Jadi, mulai sekarang didik anak-anak sama rata dalam membuat kerja rumah.



Foto : Carian Internet




Wah! bukan politik sahaja yang menggunakan istilah Malaysia Baharu dan Malaysia Lama, tetapi  konteks perhubungan juga turut terkena tempiasnya. Walau apa pun, pasti ramai suami era masa kini sedar dengan bebanan yang dipikul oleh isteri. Jadi, penghantaran makanan sekadar alternatif untuk menikmati makan malam. Yang penting kedua-dua pihak boleh bertolenrasi. Apa kata anda? - CARI


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh.. jantan x guna.. bini kerja,balik penat bkn nak tolong.. dah order bising..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 05:41 PM | Show all posts
Sebab tu bila nak buat iklan elok fikirkan buruk baiknya idea tu  supaya tak timbul isu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
mentaliti mamat masih di takuk yang lama
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2018 02:41 PM | Show all posts
hello!! kalau kau sejenis tanggung bini n anak2 boleh la consider nak masakkan dr pagi smpi ke tido. ni tiap2 bulan pon still mengharapkan gaji bini, byk komplen plak

p./s : sorry ni bkan kisah rumah tangga iols ya
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 12:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Alahai... sama je kalau rasa nak makan pizza ke ..kfc ke..mcd ke...order online.deliver Kat rumah..makan anak beranak..yang silapnya the billboard punya ayat.. tu pun reverse marketing..kecoh2 orang bercakap..lupa pada foodpanda..terus ingat Grab...
Nowadays controversy make things famous and viral {:good{:good
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2018 02:15 AM From the mobile phone | Show all posts
sejak akak pindah Scandinavia ni akak dah rajin masak. dulu kat malaysia memang busy giler nak masak, balik sampai malam, dah penat, so beli makanan kat luar je lah plus murah. kat sini nak makan luar weekend je sebab beza makanan kalau masak dgn beli luar jauh beza. paling murah pun kebab dgn sodavand 50kroner.nak makan sedap2 dalam 200 kroner. tapi sini ada banyak masa sebab seminggu kerja 37 jam je. groceries kat aldi lidl murah je
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2018 10:34 AM | Show all posts
Tak salah pun laki tlg bini masak or buat kerja rumah yang lain2! bini pun ada sumbang ekonomi keluarga, bkn 100% laki je. perempuan skg pun paham zaman skg ni memang tak boleh sorg je nak tanggung semua, lain la kalau gaji berpuluh2 ribu. sama2 tolerate la!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.059354 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list