CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1530|Reply: 10

Gara-Gara Usik Seekor Kuda, Kanak-Kanak Ditendang Hingga Melayang

[Copy link]
Post time 4-10-2018 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Jangan cuba mengusik haiwan kerana mereka juga mempunyai perasaan seperti manusia .


Memetik laporan Right This Minute, seorang kanak-kanak dilaporkan cuba bermain-main dengan seekor kuda yang kelihatan berada di tepi jalan di depan sebuah kedai.


Kredit foto: www.rightthisminute.com



Kejadian yang berlaku di Vietnam itu menyaksikan pada mulanya kanak-kanak tersebut bertindak menampar bahagian belakang kuda itu. Haiwan tersebut kelihatan memberi amaran dengan menghentak kakinya.


Namun kanak-kanak tersebut terus mengusik kuda itu tanpa mengetahui bahaya bakal menimpa dirinya.


Susulan itu, ketika kanak-kanak itu terus mengulangi usikannya, kuda berwarna putih itu mula mengganas dengan melakukan tendangan ke arah budak itu yang berada di belakang, mujur tendangan pertamanya gagal.


Kemudian, kuda itu melakukan tendangan kali kedua, dan kali ini kanak-kanak itu ditendang sehingga melayang ke arah sebuah motosikal yang terletak tidak jauh di belakang kuda itu berada.


Tangisan kuat kanak-kanak itu mengejutkan kakitangan kedai runcit yang berhampiran dan bergegas keluar untuk membantu kanak-kanak terbabit.


Keseluruhan kejadian dikatakan berjaya dirakam oleh kamera litar tertutup CCTV, namun orang ramai tertanya-tanya dari mana datangnya kuda berwarna putih itu.


Walau bagaimanapun, kanak-kanak itu dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan sahaja.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 11:59 AM | Show all posts
usik lagi...kan mendapat
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
memang sifat kuda akan menendang kalau rasa terancam.. yg manusia biar anak tepi jalan mcm tu sifat apa pulak?  
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:11 PM | Show all posts
Mana mak paknya kenapa biarkan anak bersendiri dengan kuda seperti tu tampa pengawasan
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:15 PM | Show all posts
anak tokey kedai berdekatan?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian kuda..kena ganggu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2018 12:18 PM | Show all posts
selamat cedera ringan je, mak pak dia pn mana g biakan anak kat tepi jalan camtu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Mak paknye mana? Jenis reti beranak x reti jaga ke hape ni?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 01:49 PM | Show all posts
Budak tu makpak pun biarkan cenggitu.
Nasib cedera ringan jer.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 01:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak i yang kecik pulak suka benar main dengan kucing kita orang...
Selamba duduk atas kucing, tarik ekor, picit muka, badan bagai...
Kucing tu diam aje takde perasaan.. kalau dah bosan, dia setakat keluar dari rumah je..
Kadang I yang tarik anak tak bagi dia buli kucing tu...
Takut nasib tak baik tetiba kena cakar pulak nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 02:23 PM | Show all posts
cash lah kene tendang smpi melayang
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 05:08 PM GMT+8 , Processed in 0.050983 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list