CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4077|Reply: 44

Lelaki Direman Sumbat Anak Saudara Dalam Mesin Dobi

  [Copy link]
Post time 4-10-2018 10:46 AM | Show all posts |Read mode
Lelaki yang menyebabkan anak saudaranya terperangkap di dalam mesin basuh dobi layan diri pada awal pagi Selasa, ditahan reman empat hari hingga Sabtu.


Menurut Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai, pihaknya menahan lelaki berusia 27 tahun itu di Ibu pejabat Polis Daerah Hulu Selangor kira-kira 11 malam hari sama.




Kredit foto: FB



"Suspek dipercayai memasukkan anak saudaranya ke dalam mesin basuh dengan niat untuk bergurau menyebabkan mangsa terperangkap kira-kira 20 minit.

"Mangsa kemudiannya berjaya diselamatkan dengan bantuan orang awam serta polis dan tidak mengalami sebarang kecederaan," kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Supt Lim Bak Phai ketika dihubungi BERNAMA.


BACA JUGA: Gurau Tak Kena Tempat, Lelaki Sumbat Anak Saudara Dalam Mesin Dobi


Tambahnya, suspek ditahan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana menganiaya, mengabaikan, membuang atau mendedahkan kanak-kanak dengan cara yang mungkin menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.


Sementara itu, ibu mangsa disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

"Ibu mangsa sebelum ini membuat laporan anaknya itu hilang dan secara tiba-tiba berada di dalam mesin  basuh," katanya. - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 10:49 AM | Show all posts
padan muka pak sedara sebab gurau cara bangang & mak sebab buat laporan palsu.

contoh mentaliti orang sekarang da tahap mana. i haz no faith in humanity anymore.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 10:55 AM | Show all posts
sokong....jadikan pengajaran bila ada yg kena dakwa
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 10:56 AM | Show all posts
meollss rasa pak sedara ni adik beradik si mak budak ni jugak..bgus la dua2 kne tahan, jnis ada akal tapi xnak pakai..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 10:57 AM | Show all posts
bagus tiba masanya orang yang suka bergurau tak bertempat ni sedar.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 10:58 AM | Show all posts
mcm sesuatu sgt...yg mak dia gi report kata hilang tu sebab apa?
in case budak tu mati, play victim la kononnya..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-10-2018 10:58 AM | Show all posts
cash la.........
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:07 AM | Show all posts
mengongggg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 11:08 AM | Show all posts
mak mcm nak matikan anak jer.. apsal mak buat report pasal anak hilang sedangkan anak disumbat di kedai dobi yang dia basuh baju kat situ?...mcm ada cubaan nak bunuh anak jer
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:10 AM | Show all posts
aper ayat yang sesuai errkkk.. otak mana.. otakk..
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Pak sedara tu adik mak dia eh
Tu cara2 nak selamatkan sedara sdr la tu
Padan muka, umur nak dekat 30 pun gurau mcm org xmatang
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:14 AM | Show all posts
laaa yg mak tu dah kenapa repot pelesu plak
siyesss takpaham.ramai saksi kat situ .
takleh pikir ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak tu letak jkm la.gila nanti dpt mak bimbo ngan paksedara babi
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:17 AM | Show all posts
zulka replied at 4-10-2018 10:58 AM
mcm sesuatu sgt...yg mak dia gi report kata hilang tu sebab apa?
in case budak tu mati, play victi ...

owner kedai dobi pergi report bukan mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:18 AM | Show all posts
mak dia tak tau anak ikut pak sedara ke yg pi report anak hilang tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal mak sanggup menipu...kan ker ramai saksi ngan cctv lagi tuh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-10-2018 11:25 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 4-10-2018 11:17 AM
owner kedai dobi pergi report bukan mak dia.

Sementara itu, ibu mangsa disiasat mengikut Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu.

"Ibu mangsa sebelum ini membuat laporan anaknya itu hilang dan secara tiba-tiba berada di dalam mesin  basuh," katanya. - CARI
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:26 AM | Show all posts
Moga jadi mengajaran dan peringatan.  Nak bergurau jangan main ikut suka je tampa  fikir bahaya tidaknya perbuatan tu.
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
dah tua pun otak pendek
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2018 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Jgn pulak nanti kesian atas dasar ‘saudara mara’ dah bebal buat salah tu biar merengkok 3-4 bulan dlm jail baru cerdik sikit otak tu takda apa nak buat pandang dinding tu latih otak berpikir sikit.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:49 AM GMT+8 , Processed in 0.062926 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list