View: 1496|Reply: 5
|
[Tempatan]
Isu serban: Raja Petra mohon maaf
[Copy link]
|
|
SHAH ALAM - Penulis blog Raja Petra Kamaruddin memohon maaf kepada Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh dan masyarakat Sikh mengenai kenyataannya berkaitan pemakaian serban.
Katanya, beliau dimaklumkan serban Sikh sangat dihormati dan mereka kurang senang jika ada memperlekeh.
"Saya boleh berhujah bahawa kenyataan dibuat bukan penghinaan kepada kepercayaan masyarakat Sikh atau ia bukanlah niat saya.
"Saya juga memohon maaf kepada Amar kerana walaupun saya tidak bersetuju dengannya, ia tidak seharusnya dijadikan alasan untuk menghina agamanya," katanya dalam satu kenyataan di blog, hari ini.
Amar Singh sebelum ini mengecam kenyataan Raja Petra mengenai pemakaian serban olehnya dan mendakwa tindakan itu bersifat perkauman.
Amar Singh menerusi kenyataan di akaun Facebook hari ini mengakui terkejut dengan penulisan Raja Petra bertajuk Pasti serban Amar Singh terlalu ketat yang dimuat naik diblog miliknya pada Jumaat lalu.
[ARTIKEL BERKAITAN: 'Perang' Amar Singh, Raja Petra berterusan]
Sebelum perbalahan itu berlarutan, Amar mencabar Raja Petra membuat laporan polis berhubung dakwaannya tentang wang tunai RM43.3 juta lesap daripada keseluruhan nilai rampasan berkaitan siasatan skandal 1MDB.
Jelasnya dakwaan tersebut adalah tidak berasas sama sekali dan tidak mahu ambil peduli dakwaan penulis seperti Raja Petra.
[ARTIKEL BERKAITAN: Polis cabar Raja Petra buat laporan]
Mengulas lanjut, Raja Petra turut memohon maaf kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh deo serta peguam, Amarjit Sidhu.
"Mereka berdua, selain Manjeet Singh Dhillon dan mendiang Karpal Singh, menjadi peguam bela saya dalam pelbagai perbicaraan dan tahan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) sepuluh tahun lalu.
"Mereka juga banyak menolong saya untuk tinggal di United Kingdom selepas saya meninggalkan Malaysia pada 2009. Mereka lakukan semua itu tanpa diminta. Saya akan selamanya terhutang budi dengan Gobind, Amarjit, Manjeet dan mendiang Karpal," katanya. |
|
|
|
|
|
|
|
raja petra ni pun serupa kibod worrior & kita kat porem ni je...
cakap pumpangpumpang, dari seberang laut sana. nak balik sini, idak lerr |
|
|
|
|
|
|
|
lalang betul dia ni...dl ktuk jib skrg kutuk ph...takder pndirian lgsng n tak layak tuk komen pon sebab lari duk luar negara. |
|
|
|
|
|
|
|
khabarnya ummah sikh di UK tgh hangen dgn heshe, siap buat report polis. padan muka |
|
|
|
|
|
|
|
dani-rox replied at 3-10-2018 12:43 AM
khabarnya ummah sikh di UK tgh hangen dgn heshe, siap buat report polis. padan muka
klu ummah suni kaper sentuh skit saja mau dah mcm nak berperang |
|
|
|
|
|
|
| |
|