CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4233|Reply: 29

[Tempatan] Kedua kaki tentera MELECUR teruk hingga MENGELUPAS dan keluar DARAH selepas DIPA

  [Copy link]
Post time 28-9-2018 09:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Kentang.Goreng at 28-9-2018 09:09 PM

'Sakitlah, rendam kaki dalam air panas'


SEORANG anggota tentera kini menderita apabila kedua-dua kakinya melecur teruk selepas didakwa direndam dalam air panas secara paksa oleh jurulatih dan anggota senior kononnya untuk mengubati cagu yang dialami.

Akibat kejadian jam 3 pagi 14 Ogos lalu di sebuah kem tentera di Ipoh, mangsa, 20, terpaksa menjalani pembedahan membuang kulit dan daging kedua-dua kaki yang rosak sekali gus masih terlantar di hospital.

Mangsa yang baru tujuh bulan bertugas di kem terbabit dikejarkan ke Hospital Batu Gajah sebelum dirujuk Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada hari kejadian.

Ia susulan kulit kakinya mengelupas dan tertanggal akibat melecur teruk sejurus selepas direndam dalam baldi yang mengandungi air panas serta dicampur dengan garam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Gajah Superintendan Tan Boon Hooi berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian apabila bapa mangsa membuat laporan polis semalam dan anggota tentera terbabit kini dirawat di Hospital Kuala Kangsar kerana berhampiran dengan rumah keluarganya.

“Berdasarkan laporan, bapa mangsa mendakwa menerima panggilan telefon daripada seorang pegawai tentera pada 14 Ogos lalu memaklumkan anaknya berada di HRPB dan bapa mangsa kemudian ke hospital berkenaan sebelum mendapati anaknya dalam keadaan melecur yang teruk dan trauma.

“Anaknya memberitahu kedua-dua kakinya dipaksa dicelup ke dalam air panas dalam sebuah baldi oleh jurulatihnya serta dibantu seorang anggota tentera lain,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati jurulatih itu menawar diri untuk merawat masalah kaki anak buahnya yang luka dan cagu.

“Mangsa dikatakan bersetuju pada mulanya kerana mempercayai jurulatih terbabit yang sudah menyediakan baldi mengandungi air panas bercampur garam.

“Jurulatih terbabit dipercayai mengarahkan mangsa mencelup kedua kakinya ke dalam baldi berkenaan tetapi mangsa menolak kerana dapat merasakan air itu terlalu panas dan akan merasa sakit serta pedih.

“Mangsa diarah beberapa kali untuk merendam kaki dalam baldi berkenaan namun enggan sebelum jurulatihnya dipercayai secara paksa dengan dibantu seorang lagi anggota tentera bertindak memegang kaki mangsa dan mencelupkannya ke dalam baldi berisi air panas itu,” katanya.

Menurutnya, akibat itu mangsa meronta meminta dilepaskan, tetapi tidak diendahkan dan kakinya direndam selama kira-kira 20 minit hingga melecur, kulit mengelupas dan darah keluar daripada kaki.

Katanya, polis sudah menahan tiga individu, hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana sengaja menyebabkan kecederaan parah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 September 2018 7:25 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2018 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Eee..jahatnye..ape bangsat sangat dah tua pun nak membuli lagi ni..tak cukup kasih sayang ke
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 09:25 PM From the mobile phone | Show all posts
ni yg pyh bila org x berkelayakan nk jd doktor.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 09:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Rsa mcm bukan nk rawat ni..memang ada niat nk mmbuli.. smpai dh melecur msti lah air tu suhu tinggi.. kalau suam2 xda lah smpai melecur
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Cagu tu apa benda?
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Xde kaki, xdelah cagu. Logik level 4 instructor ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-9-2018 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Cagu tu apeee
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2018 10:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2018 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Ouchh sakit tau kena cagu ni.azabnya tuhan sajer tahu.silap sikit jer potong kuku @ tarik lebihan kulit sure jadi cagu.fmly dh panggil i ni 'doktor' cos i akan usahakan jugak sendiri sampai pulih.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 10:51 PM | Show all posts

Ingrown toenail.  

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 10:53 PM | Show all posts

Ingrown toenail.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 10:56 PM | Show all posts
Ingrown toenail ni bila tepi kuku tu tumbuh mencucuk daging/isi.
Sepatutnya bawa je ke klinik/hospital, kalau teruk kena bedah jer bhgn tu.
Kesian mangsa tak pasal2 merebak jadi sakit lain.
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2018 11:31 PM | Show all posts
ikut fahaman sebahagian .. askar kenalah tahan sakit, kalo tak time kena tahan dengan musuh, baru gertak dah habis bocorkan rahsia
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 12:23 AM | Show all posts
kaki cagu x busuk pon yg ko sampei nk rendam dlm ayor paneh tu..elok hukuman jatuh kna sosial srvis mandikan mayat2 reput bru ada akal kot..idok pon tanam pehtu tok adi baca talkin idop2..tentera kan rasa kamu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ouch... Rendam kaki dalam air panas, gila hapa.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak serik-seriklah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2018 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
PEPPERMAN replied at 28-9-2018 03:31 AM
ikut fahaman sebahagian .. askar kenalah tahan sakit, kalo tak time kena tahan dengan musuh, baru ge ...

Sblum perang pun askar dah mati. Baik x payah rekrut askar ~
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
PEPPERMAN replied at 28-9-2018 11:31 PM
ikut fahaman sebahagian .. askar kenalah tahan sakit, kalo tak time kena tahan dengan musuh, baru ge ...

Masa perang Bosnia.tentera Serbia potong zakar tentera Bosnia sbg teknik ugutan

Harap jurulatih2 tentera yg suka mendera org bawahan ni memulakan upacara pemotongan buah zakar jurulatih sendiri barulah layak dipanggil jurulatih askar.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2018 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Simbah je balik air panas dekat jurulatih tu. Baru tahu rasa.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2018 01:12 AM | Show all posts
air suam bodo, tapi bukan untuk rawat cagu, cuma nak bagi kulit lembut sahaja, bodo betul jurulatih tu, tangkap dakwa jenayah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 06:17 AM GMT+8 , Processed in 0.302339 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list