View: 1613|Reply: 13
|
Dihalang Jumpa Anak, Lelaki Ugut Isteri Dengan Parang & Bom
[Copy link]
|
|
Akibat dihalang bertemu dengan anak, seorang bekas kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) bertindak mengamuk di garaj depan rumah sambil memegang parang dan sebutir bom dipercayai jenis mortar.
Kredit foto: www.kosmo.com.my
Memetik laporan Astro Awani, Ketua Polis Daerah Kluang ACP Mohd Abduh Ismail berkata, isteri suspek terpaksa menghubungi pihak polis akibat suspek dikatakan mengugut untuk meletupkan bom terbabit.
Hasil laporan itu, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah (IPD) Kluang dikejarkan ke lokasi kejadian yang bertempat di Taman Kluang Indah, Kluang, tambah ACP Mohd Abduh.
"Usaha untuk memujuk suspek berlanjutan sehingga tiga jam berikutan suspek berdegil dan enggan menyerah diri."
"Suspek kemudiannya berjaya ditahan setelah beberapa anggota polis berjaya menyerbu masuk ke kawasan garaj itu pada pukul 10.45 pagi."
"Siasatan awal mendapati suspek mempunyai dua rekod kesalahan lampau membabitkan kes jenayah."
Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971, Seksyen 6 Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.
Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor turut dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan di rumah berkenaan.
Permohonan reman terhadap suspek akan dibuat di Mahkamah Majistret hari ini.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
mental ni dowh...
|
|
|
|
|
|
|
|
masalah korang laki bini, boleh tak jangan babitkan anak? |
|
|
|
|
|
|
|
bahaya org mental ni kalau dapat hak jagaan anak |
|
|
|
|
|
|
|
dasat betul ugutan sampai nak bom segala... is he high on something? |
|
|
|
|
|
|
|
lagi sekor gilaaaaa.......
selayaknya la bini tu tak bagi jumpa anak. siap bawak parang & mortar bagai |
|
|
|
|
|
|
|
report jela polis
dosa pisahkan kasih seorang anak dengan ayahnye |
|
|
|
|
|
|
|
Syaitannya perangai bapak...
Bapak macam ni entah2 anak pun tak hingin nak jumpa..
Dia je terhegeh2... itupun sebab biar anak tak lupa dia bila dah besar senang nak tumpang senang. |
|
|
|
|
|
|
|
ada rekod jenayah lampau.. patut la jadi BEKAS pegawai |
|
|
|
|
|
|
|
mujur exwife tu bijak call polis..kot dpt jenih exwife feeling hebat tu..mmg brtebaran laaa cebisan... |
|
|
|
|
|
|
| |
|