View: 2032|Reply: 2
|
Islam Yahudi: Video Dakwah LGBT Ini Memang Kreatif! Tak Terasa Juga, Tak Tahulah
[Copy link]
|
|
Usaha selebriti laman sosial Kokom berdakwah memberi kesedaran mengenai isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) menerusi sebuah video menjadi tular sejak dimuat naik di laman Facebooknya pada Isnin.
Kepada yang belum mengenalinya, Kokom sering menyelitkan dakwah dan pengajaran dalam setiap video dimuat naiknya.
Selain LGBT, video berdurasi 4 minit 46 saat itu membawa maksud tersirat yang menyelitkan isu perundangan Islam, masalah sosial serta sumbang mahram.
Walaupun membawa isi berat, Kokom tidak pernah lupa untuk menyelitkan unsur jenaka dalam videonya, sekali gus menarik perhatian dan menerima pujian penonton.
"Semoga ada yang terkesan hatinya. Team Kokom terbaik!" komen netizen.
Selain menjelaskan maksud 'Islam Yahudi' kepada orang bukan Islam, Kokom juga berterima kasih kepada semua orang yang memahami apa yang cuba disampaikannya menerusi video itu.
Apa maksud perangai macam Yahudi?
Kredit foto: FB Kokom
Sementara itu, mStar Online melaporkan Kokom selaku pengarah agensi pengiklanan Cocombee International Sdn Bhd berkata, isu yang dibawakan dalam video terbarunya itu sebenarnya adalah hasil daripada permintaan orang ramai.
"Orang ramai dah lama minta saya bahas isu berkaitan LGBT. Pada awalnya, saya tak berani nak bahas kerana ia isu yang sensitif dan kalau tak kena cara, takut dikecam balik.
"Isu macam ni sudah berlarutan dan semakin teruk sehingga timbul rasa saya perlu buat sesuatu menggunakan kapasiti yang ada.
"Sebenarnya, tiada diskriminasi pun yang berlaku, mereka (golongan LGBT) hanya dapat kecaman.
"Kalau kita buat benda pelik pada mata masyarakat, maka kita akan dikecam lah," jelas Kokom yang juga memainkan watak utama dalam video berkenaan.
Siapa makan cili, dialah yang terasa pedasnya. Semoga ramai yang terasa dan berubah kepada kebaikan. - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
husband ku peminat video2 kokom ni...gelak sorg2 lg dia |
|
|
|
|
|
|
|
Keep it up don't give up kokom |
|
|
|
|
|
|
| |
|