Isu nikah bawah umur memang panas. Apatah lagi apabila masing-masing bebas memberikan pendapat sama ada bersetuju atau pun tidak dengan hujah tersendiri. Bagi pihak yang mencadangkan kanak-kanak atau remaja yang telah baligh sebenarnya sudah pun bersedia menjadi isteri berpandangan nikah itu sendiri akan menyelesaikan masalah terlanjur seterusnya pembuangan bayi.
Manakala pihak yang membangkang pula berpendapat ianya idea dangkal dan hanya dilakukan oleh orang malas berfikir.
Kredit foto: Twitter
Mereka yang bersetuju berpendapat tujuan berkahwin (walaupun di bawah umur) sebenarnya adalah untuk menghalalkan seks dan juga membasmi kemiskinan. Betul ke?
Perkahwinan kanak-kanak berusia 14 tahun dengan gurunya berusia 23 tahun pada tahun 2010 - Carian Internet
Kebanyakan lelaki yang menulis komen ala-ala alim ini sebenarnya berhujah mengikut nafsu. Kononnya bila sudah akil baligh, perubahan hormon akan membuatkan kanak-kanak/remaja tersebut sudah bersedia menerima tanggungjawab sebagai isteri dan juga ibu.
Timbul persoalan adakah puak ini apabila sudah berkeluarga satu hari nanti, akan membenarkan anak mereka berkahwin di bawah umur?
Kredit foto: Carian Internet
"Mungkin bila berjimak, puak ni dapat lupa segala masalah. Otak mereka ni simpan kat scrotum agaknya."
Hal ini sebenarnya membuatkan masalah semakin rumit. Adakah kanak-kanak wajar dijadikan pengantin? Bukankah sepatutnya di usia ini, mereka perlu menimba ilmu dan tidak berkahwin? Nampaknya lebih ramai yang memandang perkahwinan kerana faedah disebalik ijab dan kabul itu, bukannya asas nikah itu sendiri.
Jadi, benarkah seks halal adalah penyelesaiannya?
Kredit foto: Carian Internet
"Apa dah jadi dengan lelaki kita di luar sana? Terlalu bernafsu hingga kemaruk dengan semua perempuan sampai tak boleh berfikir?"
Tidak dinafikan, terlalu banyak kesimpulan yang kononnya memudahkan iaitu kahwin. Tetapi yang sebenarnya, ada pelbagai cara yang boleh dilakukan jika kita sama-sama mengembleng tenaga mencari penyelesaiannya.
Memang nikah bawah umur adalah sah kerana pengantin perempuan telah pun baligh. Tetapi, di sebaliknya, kita perlu memikirkan kesannya di masa akan datang. Bagaimana dengan pelajaran mereka dan semua tanggungjawab. Adakah mereka sudah bersedia? - CARI
|