CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5008|Reply: 3

Hidayah Milik Aku [U]

[Copy link]
Post time 21-9-2018 05:00 PM | Show all posts |Read mode
1
China Town, Sydney, Australia.
Jun 2007.
Pang!... Seketika terasa gelap dunianya.Senyap. Cahaya dari lampu-lampu hiasan jalan untuk sambutan perayaan tanglungyang tadinya cerah berwarna-warni hilang sekelip mata. Dia sempat memandangbelakang sebelum terasa denyutan pedih di bahagian perut sebelah kirinya.
“Chae Ran! Chae Ran!.....” jeritan dariseberang jalan memanggil namanya. Terasa sayup-sayup kedengaran. Kelihatanseorang gadis dari seberang jalan berlari cemas ke arahnya. Sebentar tadisebuah kenderaan SUV hitam yang secara tiba-tiba berhenti di laluan melintas,dengan tidak semena-mena melepaskan tembakan. Keadaan yang tenang dengan hanyabeberapa orang yang sedang melintas mengejarkan lampu hijau mulai huru-hara.Masing-masing memegang telefon bimbit. Salah seorang pemuda yang kebetulanberdiri di sebelah Chae Ran tadi mencapai tubuhnya yang perlahan-lahan terkulaidi pinggir jalan.
Hidayah panik. Baru sebentar tadi diatersenyum riang melihat Chae Ran di hujung sebelah sana. Dia tak sabar untukmemberi khabar gembira pada Chae Ran.
“Help!... Please call an ambulance! Help!..”jerit Hidayah termengah-mengah. Nafas dan peluh sejuk menderu tanpa arah. Darahmula keluar dari tubuh Chae Ran.
“Miss, press and hold the wound” arah pemudatadi yang sedang memangku kepala Chae Ran. Hidayah kelam kabut membuka bajusejuknya, menggumpalnya lalu menekannya di bahagian luka Chae Ran.
“Chae Ran…. Chae Ran…..” menggeletartangannya yang menekan perut menahan darah dari terus keluar. Air mata teruslaju menuruni pipinya. Tiada respon.
SUV hitam meluru laju membelah malam yanggelap pekat. Arahan yang diterima telah dilaksanakan. Tak sampai 15 minit diatelah pun tiba ke destinasi. Tiga orang lelaki sudah siap sedia menunggu.Bangsal yang dari luar kelihatan seperti kilang membuat kicap biasa, bertukarmenjadi bengkel mengecat kenderaan. SUV hitam perlu bertukar ke warna asal,nombar plat kenderaan yang palsu tadi perlu ditanggalkan. Dia perlu memandu SUVtadi ke tempat asal dan memulangkan kunci pada HQ. Dia perlu diam di situ 3hari sementara menunggu cat kering.
“Hidayah, kau nampak tak kenderaan yangtembak tu?” soal Inspektor Reynolds yang tiba sejurus selepas kejadian. Hidayahmenggeleng.
Inspektor Reynolds memeriksa nadi ChaeRan. Perlahan. Hidayah masih lagi menangis tersedu-sedu dan bahunyaterhinggut-hinggut. Tidak pernah dia melihat keadaan Chae Ran yang selalunyaceria terkulai layu tanpa sebarang reaksi.
:
:
:
“Gamsahamnida… “
“Hahaha.. dah lama aku tak guna perkataantu.. Hey.. sudah lah tu” Chae Ran tersenyum simpul. Berdebar.
“Alah, biarlah aku nak ucap terimakasihdalam bahasa ibunda kau.. kita mesti ingat asal usul kita… kan?” Hidayahmeleretkan matanya. Manja.
“Suka tak?” Chae Ran membelek lenganHidayah. Satu-satunya hadiah paling bermakna dalam hidupnya. Kehadiran Hidayah.Gelang tangan emas putih tanda cinta dan kasihnya.
:
:
:
Ambulanberhenti tadi membingitkan suasana menyedarkan Hidayah dari lamunan. Parapetugas kelam-kabut menyerbu Chae Ran.
“Miss, let go of your hand please.”
“Oh.. sorry.” Tangan yang berlumuran darahmenahan tadi dialihkan perlahan. Darah masih mengalir laju. Sertamerta Doktormenekupnya dengan kapas tebal.
“Do you know him?, you can follow us.”
“Kau pergi temankan dia Dayah, biar akucall kakak Chae Ran”. Inspektor Reynolds memang fasih berbahasa melayu. Rupanyasahaja putih mat salleh, tapi ibunya orang melayu johor, ayahnya Inggeris-Australia.
Hidayah mengangguk. Inspektor Reynoldstanpa lengah terus menekan telefon bimbitnya.
“Jangan bimbang, semuanya akan ok”
Hidayah mengangguk, perlahan.
:
:
:
Prang!.... kaca bertaburan di lantaidapur. Carol mengeluh. Tunduk lalu mengutip kepingan kaca tersebut.
“Ouch!...” tercalar sedikit jaritelunjuknya. Dia bingkas bangun mengambil first-aid kit. Menampal plaster dijarinya. Ketika itu juga telefon bimbitnya berbunyi. Terpapar namaInspReynolds.
“Please be calm. Carol, you have to comeover to the emergency ward, Chae Rans involved in an accident”
“What?”
Carol bingkas bangun dari bangku mejamakan tadi, mencapai beg tangan yang terletak di sebelah peti ais. Dia berlarianak menuju ke lif. Tangannya menggeletar menyebabkan anak kunci berlagamenghasilkan bunyi..
“Hi Carol, why are you crying?” Tegurseorang budak lelaki yang sedang menjinjit plastik sampah hitam.
Carol tersenyum kelat.
Lebih kurang 20 minit, dia tiba dihospital. Dari jauh dia terpandang Hidayah sedang mundar-mandir di hadapanpintu bilik bedah. Dia berlari mendapatkan Hidayah.
Matanya bengkak, tubuh nya terasasakit-sakit. Semua itu tidak lagi dipedulikannya. 5 jam telah berlalu. Chae Ranmasih belum keluar dari bilik bedah. Sesaat itu terasa bahu nya disentuh. Tiba-tibapintu bilik bedah terkuak dari dalam.
Hidayah berpusing menerpa ke arah doktoryang keluar.
“How’s Chae Ran?”
“We’ve done everything we can. Theoperation was a successful, but we have to wait another few hours. He is stillunconscious”
“Alhamdulillah”
“Thank god.” Carol memeluk bahu Hidayah.
“Ohmy god…. Hidayah!” Carol memandang Hidayah atas ke bawah. Bajunya penuh dengandarah.
“Are you okay?..”
Air mata mengalir laju, getaran padatubuhnya yang masih lagi terkejut masih belum reda. Hidayah terus menceritakansegala yang berlaku.
“Hidayah, Chae Ran is still in the ICU,I’ll call you when he wakes up”. Nasihat Carol sambil mengusap lembutlengannya. Carol menghulurkan beg kertas padanya. Sebelum keluar dari apartmenttadi dia sempat menyambar beg berisi baju sejuk yang baru dibelinya semalam.
“Aku dah bawa baju sejuk untuk kau.Mungkin kau perlukannya”. Carol tersenyum. Nampak jelas kedutan halus di hujungmatanya. Jarak usianya dengan adiknya Chae Ran yang 10 tahun berbeza membuatkandirinya lebih bersifat keibuan.
Hidayahmenyambut tangan Carol perlahan.
“Thanks for this” Dia mengangkat begkertas tersebut. Baru dia tersedar yang tangannya berlumuran dengan darah masihbelum dibersihkan. Apalagi dengan tudungnya yang senget dan penuh dengan tompokandarah.
Inspektor Reynolds mencatatkan sesuatu ke dalambuku notanya. Beberapa orang pejalan kaki tadi sempat menyaksikan kejadian yangtidak disangka-sangka. Dia mendapat beberapa maklumat penting tentang SUVhitam. Ternyata nombor plat kenderaan yang melepaskan tembakan itu merupakannombor palsu. Sebentar tadi dia telahpun menghubungi ibupejabat untukmemastikan nombor tersebut.
Adakah ini hanya tembakan yang tersalahmangsa, atau Chae Ran mempunyai musuh?. Apakah motif si penembak? Dia yang barusahaja habis kerja dan dalam perjalanan pulang terpaksa berpatah semula ke balaipolis.
“Honey. Something came up, Just don’t waitfor me okay. I love you”. Cody yang mengangkat telefon tadi mengangguk. Diabaru bersiap-siap untuk makan malam bersama atuk dan neneknya.
“Granny, papa said don’t wait for him”.Cody yang baru berusia 9 tahun  melabuhkan punggungnya. Di hadapannya sudahterhidang makan malam istimewa. Kek harijadi berlilin sembilan dinyalakan.
“Its okay Cody, go ahead and make a wishbefore you blow the candle”. Atuknya yang sudah mencecah 70 tahun memetik lighter.
“Granny made you your favourite dish. Ayamrendang with pulut kuning”, neneknya pula mengunjukkan pinggan.
“Yeay….. delicious!, but daddy’s nothere”. Air mukanya berubah.
“Its okay dear… Nanny will set aside somefor him.”
Dia tersenyum lagi. Nampak jelas lesungpipitnya di kedua-dua belah pipi. Berwajah pan-asian, Cody memang berjayamenarik minat anak-anak gadis sekelasnya. Cody Reynolds sering menjadi tumpuan rakan sekelas. Diabukan sahaja bijak tetapi mempunyai perwatakan yang menarik. Seringkali diamenjadi topik perbualan guru-guru di sekolahnya. Terutama sekali apabila adamesyuarat di antara ibu-bapa dan guru. Setiapkali itu, hanya atuk dan neneknyasahaja yang mewakili orang tua Cody.
Cody berjaya mencuri tumpuan guru besarsekolahnya apabila mendapat keputusan seratus peratus untuk semua kertaspeperiksaannya, genius walaupun baru berusia 9 tahun. Sayang sekali, hanyakedua orang atuknya yang selalu hadir untuk sebarang mesyuarat. InspektorReynolds sebagai bapa tunggal terlalu sibuk untuk menghadiri apa-apa jemputandari sekolah.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-9-2018 05:03 PM | Show all posts
Bab 2.
“Kau kata kau tak nak yang ni kan?” Amermengunjukkan aiskrim Malaysia perisa asam boi.
Hidayah diam. Baru sebentar tadi diamembeli aiskrim Malaysia kegemarannya perisa asam boi dari kedai runcit PakAli. Kedai runcit itu lah satu-satunya kedai yang ada di kawasan FelcraSegamat. Jauh dari pelusuk dunia. Duit yang berbaki dua puluh sen itu memangsengaja disimpan buat membeli aiskrim kegemarannya.
Amer mengunjuk-unjuk lagi.
“Mmmm sedap nyaaaa… sedapp….” Diamenggigit hujung aiskrim yang dirampasnya dari tangan Hidayah tadi.
Air mata Hidayah mula bergenang.
Ah.. aku tak boleh tunjuk lemah dekat dia.Aiskrim ni boleh aku beli lagi esok. Kalau ada duit lebih lagi lah. Diaberpaling dari Amer. Melajukan langkahnya.
“Eh, kau nak rasa tak?” Amer menarikhujung tudung putihnya.
Melampaunya!... Tertarik anak tudungnyaitu kebelakang menyebabkan sedikit anak rambutnya terkeluar.
“Amer!!!!.”
Pak Ali bergegas keluarsebaik terdengar suara Hidayah bertempik. Amer terus lari ke jalan besar,mengambil basikalnya yang tersadai.
“Kenapa Hidayah?”
“Tak ada apa-apa Pak Ali, tu si Amer tutarik tudung saya tadi” Dia membetul-betulkan tudungnya. Saat itu jugaterdengar bunyi hon bas sekolah.
“Ah.. bas dah sampai Pak Ali, saya pergidulu”. Beberapa pelajar sekolah mula berbaris di tebing jalan. Dia berlari anakmendapatkan mereka.
“Mana aiskrim kau? Kata nak gi beliaiskrim asam boi? Dari waktu rehat tadi dah kau mengidamkan?” Tegur Masnisah.
Hidayah senyum masam.
Masnisah rakan baik sekolahnya sejak limatahun dahulu. Sejak dia berpindah ke Felcra Segamat.
“Aku nampak tadi Amer lari bawak aiskrim.Tu aiskrim kau yeh?”
Dia mengangguk. Malas nak menjawab. Basterhinggut-hinggut melalui jalan sempit masuk ke dalam kampung.
“Eiii budak tu memang..! Nama je anak tokpenghulu, tapi perangai mengalahkan penyamun tarbus!”
Dia diam.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2018 05:07 PM | Show all posts
Bab 3.
Jan 2017
Dengan suara yang tidak berapa jelas, dia cuba untuk menerangkan permintaannya. Tekaknya seperti mahu berdarah, suaranya tenggelam timbul.
“Eh..Kau tak rasa ke Tuan Chae tu macam tak sihat je dari pagi tadi?” bisik Hanim kepada adik kembarnya Halim. Mereka bardua bagaikan radio dan TV bagi seluruh pekerja syarikat.
“Kau pergilah buatkan air. Kasi elok sikit tekak dia tu. Dari tadi asyik mengarah orang, mana tak nya sakit.” Arah Halim pada abangnya dangan nada memerli.
“Eleh, kau pun apa bezanya. Asyik-asyik suruh aku buat ni lah tu lah.” Belum sempat Hanim menghabiskan ayatnya, mulutnya ditekup oleh Halim.
“Shh.. Dia dah datang tu.”
Tanpa senyuman, dia berjalan terus menuju ke biliknya. Jam menujukkan hampir 1 tengahari. Mesyuarat pagi tadi betul-betul melelahkan pemikirannya. Tuan Chae berjaya menyelesaikan beberapa agenda yang bermasalah. Kebijaksanaannya dan keberaniannya membuat keputusan membuatkan hampir seluruh pengurus syarikat bawahan gerun padanya.
Dalam usia yang masih muda, dia berjaya memulihkan syarikat milik ayahnya dari menujunam beberapa tahun lalu. Waktu ini diperlu mempertahankan kedudukan syarikat di bursa saham.
“Tuan Chae, lunch hari ini bersama dengan Madame Rosalind di rumah” . Tracy sebagai PA nya memegang tab di lengan.
“Driver kita dah sedia di bawah” sambungnya lagi. Tracy adalah PA yang paling setia sejak dia mula berkhidmat di syarikat milik keluarga. Tanggungjawabnya sama besar dengan Tuan Chae. Kemana sahaja Tuan Chae pergi, Tracy sedia bersama.
Dia bingkas bangun dari kerusi empuknya, tanpa sebarang kata dia berjalan penuh dengan aura ketegasan. Suit hitam tampak kemas terletak di badannya yang maskulin.
:
:
Di rumah agam Madame Rosalind, kelihatan susuk tubuh seorang wanita separuh usia sedang duduk menghadapnya.
“Berani kau datang ke sini?” Madame Rosalind bersuara tegas. Tanpa sebarang kata aluan, dia sengaja menakutkan wanita tersebut.
“Apa salahnya, kalau saya datang untuk berjumpa anak saya?”. Walaupun sudah separuh usia, tetapi Puan Jiwon masih mengekalkan wajah mudanya dan tubuh badannya masih langsing.
“Sekali lagi aku nak ingatkan kau, Chae Ran sudah putus hubungan dengan kau sejak dia masuk ke dalam keluarga ini. Suami kau, bukan, bukan suami, bekas suami kau menceraikan kau, lama dulu, dan kau pula tidak pedulikan mereka, sibuk dengan lelaki lain yang lebih kaya, kenapa pula sekarang kau nak sibuk dengan hal mereka?”. Madame Rosalind semakin tegas bersuara. Raut wajahnya semakin keruh.
“Sila keluar, sebelum aku panggil security naik ke atas”
“Madame, saya tak akan berputus asa”. Puan Jiwon berpusing kebelakang, hampir tersembam ke dada bidang Chae Ran.  Kaku. Bisu. Masing-masing terdiam. Raut wajah Chae Ran sejuk beku bak ketul ais di kutub utara.
Puan Jiwon melangkah ke pintu. Hampir saja dia menumpahkan air matanya di dada anaknya sendiri.
Perlahan-lahan Chae Ran mendekati Madame Rosalind. “Nenek kena banyak berehat.”
“Ya, Chae Ran. Tapi perempuan tu dah terlalu melampau, nenek tak tahu berapa lama lagi nenek boleh tahan dengannya”. Keluh Madame Rosalind. Chae Ran tidak mengenali tetamu tidak diundang tadi. Dia tidak boleh tahu. Bisik hati Madame Rosalind. Belum masanya.
“Nenek panggil Ran untuk lunch, ada apa-apa yang nenek nak beritahu ke?” Dia memimpin tangan Madame Rosalind yang tampak keletihan. Madame Rosalind mengenakan pakaian kebaya cina lama berwarna merah tua, sesuai dengan usianya yang hampir mencecah 80 tahun. Walaupun sudah berusia lanjut, namun penampilannya masih anggun dan utuh dalam mempertahankan perniagaannya.
“Ran, kau lah satu-satunya harapan nenek”
Chae Ran senyum sumbing. Di sebalik wajah sejuk bekunya, bila bertemu dengan neneknya, secara automatis wajahnya bertukar lembut, tidak sampai hati dia hendak berdendam dengan neneknya yang sudah lanjut usia. Padanya, tidak sepatutnya neneknya berkeras untuk menumpukan perhatian pada perniagaaannya. Boleh dikatakan hampir 60% saham Empayar EMAS Holdings sudah berada dalam genggaman neneknya.
:
:
Di suatu ruang makan yang dihiasi dengan lampu chandelier besar dan meja kayu jati berkerusi 12 itu telah pun penuh di duduki bapa saudaranya dan sepupu-sepupunya serta isteri masing-masing. Kesemuanya sedang menunggu Madame Rosalind. Pertemuan kali ini secara tidak langsung akan menentukan siapa bakal menerajui kepimpinan EMAS Holdings, pendekata pengganti Madame Rosalind.
“Sebelum memulakan bicara, nenek ingin memberitahu semua bahawa keputusan yang nenek buat ini tiada pengaruh dari sesiapa. Terima ia dengan hati yang ikhlas dan bekerjasama lah dalam menerima jawatan masing-masing.” Tegas dan beraura Madame Rosalind bersuara. Kesemuanya diam tidak berkuyang berada di sebelah neneknya tunduk mengadap pinggan dengan tenang.
“Chae Ran akan bertindak sebagai pemangku Presiden mulai hari ini dan nenek akan memantau kerjanya dalam tempoh sebulan dua ini”
Chae Ran diam. Kesemuanya diam membisu. Tiada sebarang bantahan. Putih kata Madame Rosalind maka putih lah.
“Itu sahaja. Untuk jawatan lain, masing-masing akan terima surat lantikan dan tugasan. Baiklah, kita boleh teruskan lunch” Madame Rosalind mengambil segelas air masak disisnya lalu meneguknya perlahan.
Masing-masing mula meneguk air. Kesemuanya mengikut Madame Rosalind tanpa sebarang kata. Auranya begitu kuat sehingga tiada siapa yang berani membantah, cuma bila berada di belakang Madame Rosalind, barulah berani tunjukkan belang.
Usai pertemuan lewat tengahari itu, Chae Ran kembali ke pejabat. Dia tidak betah untuk berlengah-lengah, setiap saat amat berharga bagi dirinya. Entah dia pun tidak tahu kenapa dia menjadi begitu taksub dengan pekerjaannya. Dia rasa tenang jika terus tenggelam dalam dunia kerjanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-9-2018 05:15 PM | Show all posts
Bab 4.
“Weh, kau ni kan, aku dah cakap, buat ikut prosedur, yang kau ikut suka hati kau je dah kenapa?” Syed Faisal menegur anak buahnya yang masih baru. Sebentar tadi dia baru sahaja mengarahkan anak buahnya itu untuk menghantar invois ke syarikat Emas Holdings melalui faks.
“Buat semula!” Dia mengunjukkan salinan invois yang telah dipulangkan semula oleh sekretari Emas Holdings. Hidayah terpinga-pinga.
“Aku dah ikut dah prosedur yang kat dalam buku panduan ni, kenapa salah lagi?” Bisik hati Hidayah. Mujur juga En Syed Faisal tak menghamburkan kata-kata kesat depan rakan sekerja tadi.

20 minit kemudian....

“Dah siap dah?” En Syed Faisal meneliti invois baru yang telah dibetulkan oleh Hidayah. Seminit. Dua minit. Dia tersenyum bingkas bangun.
“Baik, kamu pergi bersiap, kita hantar invois ni by hand.”
“Ermmm.. ikut Encik ke?” Hidayah gugup.
"Habis tu?" Lelaki berusia 40an itu menempelak.
Hidayah mengerling jam di tangan. Hampir jam 6, kalau tak jem boleh lah sampai ke Emas Holdings tu sebelum jam 7. Tapi….
“Apa lagi yang tercegat?”
Mujur juga aku dah solat asar awal-awal tadi, kalau tidak hancus…. “Baik Encik”
Baru seminggu bertugas dah terpaksa ke hulu ke hilir mengekor bos. Huhhh dah nasib badan. Hidayah menyeluk telefon di saku baju kurungnya, kena hantar mesej pada Masnisah, nanti tertunggu-tunggu pula dia nak balik bersama.
“Mas, aku kena ikut boss ke HQ, Balik lewat lah ni”
Tak sampai seminit, mesej Masnisah masuk. “Ok, kau jaga diri baik-baik, nanti dah sudah kau ambil je Grab dari HQ, tak payah tumpang En Syed tu, bini dia garang” Smiley garang di hujung mesej.
:
:
Sejam juga nak sampai ke Emas Holding yang terletak betul-betul di tengah-tengah kotaraya Kuala Lumpur. Bukit Bintang!. Aku dah agak dah mesti pukul 7, kejap lagi azan.
Usai parking, kedengaran bunyi telefon bimbit bossnya.
“Ok, saya kena naik terus ke atas? Ok Ok”
Tidak sampai 3 minit, lif khas tiba di tingkat paling atas. Ruang menunggu yang luas dan wangi terhidang di depan mata. Serentak dengan itu bunyi azan dari telefon bimbit berkumandang.
“En Syed, boleh saya ke rest room sekejap tak? Nak terkucil lah”
“Oh ok. Baik”.
Baik aku cari bilik air, ambil wuduk dan terus solat kat mana-mana tempat yang kering kat sini. Harap-harap 5 minit tu sempat lah.
“Tuan Chae dah menunggu di dalam. Silakan masuk.” Seorang wanita langsing menyapa.
En Syed teragak-agak, adakah dia perlu menolak atau terus bergerak. Ish budak Hidayah ni, tak habis-habis menyusahkan oranglah. Terpaksalah aku mengadap si kuku besi tu sorang-sorang.

Usai solat dan berdoa, tak sampai 5 minit, Hidayah kembali ke ruangan menunggu. En Syed sudah pun tiada. Alamak… macam mana ni. Lama sangat ke aku tadi. Rasa macam tak sampai 5 minit je. Dia mengerling ke jam, memang tak sampai 5 minit pun.
“Cik nak jumpa Tuan Chae ye, yang bersama dengan En Syed tadi?” Sekretari yang tadi muncul lagi.
“Ha ah”
“Kalau macam tu, ikut saya”
Aku yang berbaju kurung polos berwarna merah muda, memang jauh ketinggalan fesyen dengan sekretari anggun dan bermekap cantik. Berblazer dan mini skirt. Oh hai, putih nya paha!.Jaga mata Hidayah, sibuk hal orang buat apa.
Terbuka je pintu bilik Tuan Chae, ternampak kelibat En Syed sedang duduk berhadapan meja. Tuan Chae pula memandang ke arah tingkap dan membelakangi aku. Nampak sisi maskulin nya memang menyerlah walau dari belakang. Dia bercekak pinggang. Hati aku jadi tak tentu arah, terasa macam pernah aje aku lihat susuk tubuh ini. Perlahan Tuan Chae berpaling. Hati aku luruh terus. Terasa wajahku pucat lesi. Mungkin di toreh tak berdarah. Jantung bagai nak terkeluar dari badan. Chae Ran…… bisik hatiku. Air mata bergenang. Tapi riak wajah Chae Ran sedikit pun tidak berubah. Seolah-olah dia tidak mengenali aku. Mungkin juga. Mungkin kesan yang di alami menyebabkan dia tak cam aku.
Perbincangan tidak sampai 15 minit itu langsung tidak masuk ke dalam otakku. Semua kenangan bersama terbayang bagai wayang di hadapan mataku.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 08:54 AM GMT+8 , Processed in 0.385755 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list