Biasanya kalau ada durian lebih, kita akan buat lempok ataupun serawa durian. Ataupun kita makan durian dengan cendol dan sebagainya. Tapi jarang kita dengar menu bebola pulut durian. Dikatakan menu ini berasal dari Thailand.
Menu ini sesuai untuk dijadikan pemanis mulut dimakan pada waktu santai ataupun kudapan waktu petang. Ianya adalah campuran tepung beras dan durian dan dimasak menjadi seperti bubur.
Jom ikuti Resipi Bebola Pulut Durian yang mudah ini.
Bahan-bahan
Beberapa ulas durian
Tepung beras
Santan
Gula Melaka
(Kuantiti bahan mengikut kesesuaian)
Cara-cara membuatnya
1. Asingkan isi durian dengan bijinya
2. Uli isi durian tadi dengan tepung beras. Kuantiti tepung beras mengikut keseuaian sehingga campuran durian dan tepung tadi menjadi doh.
3. Gentel doh menjadi bulat-bulat kecil.
4. Masukkan doh yang telah digentel tadi ke dalam air panas yang mendidih.
5. Biarkan seketika sehingga masak. Apabila gentelan tepung tadi terapung ia menunjukkan telah masak.
6. Untuk kuahnya. Masukkan 250 ml santan ke dalam periuk dan masukkan pula gula Melaka. Kuantiti gula Melaka mengikut kesesuaian manis yang anda mahukan. Biarkan campuran ini mendidih. Sesuaikan rasa.
7. Masukkan gentelan tepung dan durian yang telah masak tadi dalam mangkuk dan tuangkan kuah yang telah dimasak tadi.