Selepas fenomena drama Jangan Benci Cintaku yang memaparkan kisah perampas suami orang, kini banyak pula tema sedemikian yang membanjiri stesen televisyen. Ia seperti mahu mencipta kesinambungan yang sama dengan drama perampas kini beralih pula kepada kisah poligami. Seolah-olah drama Melayu hanya berkisar kepada kisah cinta yang tidak berkesudahan, tarik menarik hingga melabelkan lelaki dan juga perempuan tidak berguna.
Benarkah ianya berlaku di alam realiti? Ramai netizen mempersoalkan tema cerita yang lapuk ini.
Kredit foto: Twitter
Bersetuju dengan pendapat di atas, ramai netizen menyifatkan drama Melayu terutamanya yang disiarkan oleh stesen televisyen TV3 semuanya menceritakan kisah poligami dan orang ketiga yang secara tidak langsung mengaibkan lagi orang Melayu.
Hingga ada yang mempersoalkan adakah itu yang banyak berlaku di sekeliling saat ini? Maklumlah setiap hari sekurang-kurangnya ada tiga drama yang mempunyai tema sama seolah-olah menggalakkan trend kahwin cerai dan kisah perampas.
Drama yang menjadi fenomena dengan tema perampas, Jangan Benci Cintaku - Google
"Bagaimana nak belajar rampas laki orang? Tengok drama TV3, dari petang sampai ke malam dia tunjuk. Macam kat dunia ni dah takda orang bujang!"
Selain tema yang sama, jalan cerita juga terlalu cliche seperti suami kurang kasih sayang, lalu mencari wanita lain di luar sana. Tiada satu pun yang baik mengenai suami atau pun isteri yang digambarkan curang, tidak setia, gatal dan sebagainya. Ada kalanya adegan yang dipaparkan tidak masuk akal.
Ia secara tidak langsung mempengaruhi penonton hingga ada yang beranggapan itulah dunia yang sebenarnya di luar sana.
Kredit foto: Google
Sekali lagi, ada netizen yang menjelaskan bahawa itu antara sebab mereka menonton drama bersiri dari Jepun dan Korea yang lebih logik serta dekat dengan diri yang sebenar. Mereka lebih rela menghadap maraton drama ini berbanding menyaksikan kisah perampas dan poligami ini.
Namun begitu, tidak semua drama begitu kerana ada juga drama yang bagus tetapi lebih kepada slot dua jam sahaja seperti slot cerekarama yang lebih luas skop ceritanya.
Kredit foto: Carian Internet
Jika dikaji, trend drama bersiri sebenarnya mengikut perkembangan semasa dan kehendak penonton. Satu ketika dahulu, tema kahwin paksa yang diadaptasi dari novel menjadi popular menyebabkan ramai penerbit drama membuat cerita sedemikian. Hal yang sama juga berlaku bila watak tiga serangkai Fika-Shah-Husna meletup, ada penerbit yang menggunakan ramuan sama supaya cerita mereka turut terkena tempiasnya.
Bagaimanapun, apabila terlalu banyak dihidangkan kepada penonton dengan jarak masa dekat, ia membuatkan penonton muak serta beranggapan drama kita sudah tidak ada idea lagi. Jadi, diharapkan krew drama bersiri boleh membuat cerita yang lebih bagus sepertimana drama Nur yang pernah menjadi fenomena tahun ini. - CARI
|