CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3032|Reply: 11

[Edisi Acah Saman] Sol Tensi Munafik 2 Dicetak Rompak

  [Copy link]
Post time 20-9-2018 01:35 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
“Sila padam atau berdepan tindakan” - Syamsul Yusof

MASIH ditayangkan di pawagam, filem Munafik 2menjadi mangsa cetak rompak yang dirakam secara haram dari panggung wayang.

Sedutan filem tersebut dimuat naik oleh individu tidak bertanggungjawab dan mula dikongsi di laman sosial secara berleluasa.

Akaun tersebut dipercayai milik warga Indonesia namun rakaman menggunakan telefon bimbit itu dilakukan di pawagam Malaysia.

Menurut pengarahnya Syamsul Yusof yang kini berada di London, dia sudah mengetahui mengenai perkara tersebut.

Katanya, tindakan akan diambil terhadap individu yang merakam dan menyebarkan filem tersebut secara haram.

"Saya sudah maklum tentang perkara itu tapi tak mahu ulas lanjut. Ada yang masih tak faham apa yang mereka buat ini salah di sisi undang-undang Malaysia.

"Pihak Skop Production akan mengambil tindakan terhadap mereka yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab itu.

"Sila padam video tersebut dan jika masih berdegil syarikat akan mengambil tindakan," katanya kepada mStar Online.

Pada Ahad, Munafik 2 memecahkan rekod sebagai filem Melayu paling tinggi kutipan iaitu sebanyak RM40 juta dalam tempoh 17 hari ditayangkan.

Filem ke-10 arahan Syamsul itu turut dibintangi beberapa barisan pelakon popular seperti Maya Karin, Nasir Bilal Khan, Mawi, Datuk Fizz Fairuz, Datuk Rahim Razali dan Fauzi Nawawi.

Ia bakal ditayangkan di pawagam Indonesia bermula 26 September ini.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 02:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Sharnaz tanya berdosa besar ke tengok filem cetak rompak? Syamsul jgn nak cari salah org je. Bukan pakai duit mak ko (Fatimah Ismail) pon beli data internet!

Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 02:46 AM From the mobile phone | Show all posts
.               

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 06:21 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 20-9-2018 02:10 AM
Sharnaz tanya berdosa besar ke tengok filem cetak rompak? Syamsul jgn nak cari salah org je. Bukan p ...

Hahaha (fatimah ismail) tu kelakar okayyyyy
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 06:38 AM From the mobile phone | Show all posts
KILL_NANCY replied at 20-9-2018 02:46 AM
.

mai nak tangkap nenas ka?? sbb pakai brg cetak rompak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Amina_Mirza replied at 20-9-2018 06:21 AM
Hahaha (fatimah ismail) tu kelakar okayyyyy

bodoh sharnaaz tuh... ofcoz la slh ngok...
tu kan hasil keje org... mana ade penerbit filem terima klau movie die dishare free...

penat koje org share free...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2018 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
dinopower2 replied at 20-9-2018 07:20 AM
bodoh sharnaaz tuh... ofcoz la slh ngok...
tu kan hasil keje org... mana ade penerbit filem terim ...

Sanaz tu beyond repair dah uols. Letak ajelah heols kat cold storage biar selamanya diwho are yus kan. Cakap guna gigi mcm tu lahhhh
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 12:18 PM | Show all posts
seriously i kenot brain org2 yg boleh layan tengok movie rakam guna henpon kat dalam wayang ni..gambaq blur bergegaq2, audio hauk..miskin merempat sangat macam sohai ke tak mampu beli tiket wayang?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-9-2018 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Filem Munafik 2 telah mencipta sejarah tersendiri apabila telah mencecah kutipan lebih RM40 juta dalam masa kurang dari 20 hari ditayangkan. Filem ini berjaya mendapat sambutan bukan sahaja di Malaysia malah di negara jiran, Brunei dan Singapura.






Seperti kebiasaan filem-filem yang lain, Munafik 2 juga tidak terlepas dalam menjadi mangsa jenayah siber. Ramai yang mengambil kesempatan untuk memuat naik dan berkongsi filem penuh ini secara haram di atas talian.


Perbuatan tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja mendatangkan kerugian, malah menjadi penyebab kepada kejatuhan industri perfileman tempatan.


Membantah sekeras-kerasnya perbuatan ini, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof serta pasukannya berkerja keras dalam membanteras kegiatan tidak bertanggungjawab ini.


Menerusi posting di akaun Twitter miliknya, Syamsul menegaskan yang pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap individu yang memuat naik filem tersebut di atas talian. Malah, menurut Syamsul, pihaknya telah pun mengambil tindakan terhadap empat individu yang melakukan kesalahan tersebut.


Foto : Twitter Syamsul Yusof




Surat peguam sampai depan rumah..



Foto : Twitter Syamsul Yusof




Padam sebelum pihak syarikat mengambil tindakan mahkamah..




Foto : Twitter Syamsul Yusof




Dalam pada itu ramai yang menyokong tindakan Syamsul dan berharap pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut akan dikenakan tindakan..


Orang lain bayar, senang-senang je nak tengok secara percuma..










Foto : Twitter Syamsul Yusof




Ha, kan abang Syamsul kita dah marah dah. Kepada mereka yang masih berdegil, bolehlah bersedia untuk menerima surat dari mahkamah ye. -CARI
  
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 11:41 PM | Show all posts
alahai.......sharnaz kata xpe je gune bnda cetak rompak ....so no hal la...apesai berisu2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2018 12:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Who cares?
Filem melayu bagi free pun i malas tengok buang masa
Puihh
Reply

Use magic Report

Post time 27-11-2018 01:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Sokong 100% Samsul yusuf..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 11:52 PM GMT+8 , Processed in 0.176166 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list