Kredit foto: Rhys William dan Google
Ramai yang mengimpikan untuk memiliki kereta mewah kerana ia melambangkan status dan darjat. Lebih-lebih lagi, mereka yang memakai kereta mahal dan mewah lebih dipandang orang dan dianggap seorang yang berduit. Sebab itulah, ada dalam kalangan rakyat negara ini yang gemar membeli dan memakai kereta keluaran luar negara dan langsung tidak berminat dengan kereta buatan tempatan yang dikatakan tiada class.
Seorang pengguna Twitter yang juga seorang individu yang dikenali iaitu Rhys William yang berasal dari United Kingdom tetapi sudah lama menetap di Malaysia telah memuat naik status tentang kereta. Dia berpendapat mengapa perlu memakai kereta yang mahal atau mewah jika keperluannya hanya sama bagi setiap orang.
Dia sebelum ini telah memuat naik status tentang kereta Wira yang dianggap sebagai kereta yang mampu mencorakkan zaman yang mana turut menjadi kereta kebanggaannya. Oleh itu, ada netizen yang bertanyakan mengapa dia memilih kereta tersebut berbanding Range Rover? Jadi, status ini menjawab kepada soalan tersebut dan ditujukan juga buat netizen yang terlalu ghairah ingin memiliki kereta mahal atau mewah tetapi tidak berkemampuan.
Status Twitter Rhys William yang bangga menggunakan kereta Wira
Ramai kutuk kereta keluaran Malaysia
Ada netizen yang bersetuju dengan tipikal kebanyakan orang Melayu yang tidak mahu menggunakan kereta keluaran Malaysia kerana dikatakan tidak berkualiti dan lebih mempercayai kereta buatan negara luar. Kadang-kala ia bukan kemahuan seseorang untuk tidak menggunakan kereta buatan tempatan tetapi malu atau lebih kepada menjaga status. Bak kata pepatah, biar papa asal bergaya.
Pakai kereta mahal untuk kepuasan diri
Ada netizen yang berpendapat, kebanyakan yang memakai kereta mewah adalah untuk memuaskan kemahuan mereka. Bagi yang mampu dan bergaji besar, apa salahnya. Tetapi, kalau yang kerja biasa-biasa dan rumah pun masih menyewa tetapi memakai kereta mahal dan mewah, ia memang tidak berbaloi.
Kenapa mat saleh suka pakai kereta keluaran Malaysia?
Yang peliknya, ramai netizen yang perasan kebanyakan mat saleh atau orang negara luar yang tinggal di negara ini lebih suka memakai kereta keluaran Malaysia sedangkan ada yang mampu untuk memakai kereta yang lebih mahal harganya. Kenapa agaknya ya?
Kereta Wira tahan lasak
Ramai yang bersetuju kereta Wira adalah salah satu kereta berkualiti keluaran negara dan tidak banyak menimbulkan masalah kepada si pemakai. Sebab itulah ramai yang gemar menggunakan kereta Wira walaupun mampu membeli kereta Honda, Toyata atau sebagainya.
Pakai saja kereta apa pun, asalkan kereta itu boleh memudahkan untuk bergerak ke mana-mana dan tidak banyak menimbulkan masalah pada diri sendiri. Jangan terlalu mengikut nafsu atau mengambil kira pandangan orang sekeliling kerana kita sendiri tahu dan sedar akan keperluan dan kehendak dalam hidup. Setuju tak? - CARI |