CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1778|Reply: 16

[Tempatan] Ini sebabnya saya tentang PAS - Dr Mahathir

[Copy link]
Post time 20-9-2018 08:43 AM | Show all posts |Read mode
PERPECAHAN umat Islam di Malaysia sehingga mewujudkan permusuhan antara dua puak tercetus angkara politik PAS yang masih taksub dengan ajaran pemimpin dan partinya, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) ketika menyatakan pendirian itu berkata, ia faktor utama mengapa beliau sehingga kini menentang PAS yang dikatakan bertanggungjawab mencetuskan perpecahan dalam kalangan orang Melayu, selain menyebabkan umat Islam mendirikan solat secara berjemaah dengan dua imam berbeza di masjid sama.

“Inilah perbuatan PAS yang tidak boleh dimaafkan kerana sebelum tertubuhnya parti ini, orang Melayu tidak berpecah kerana agama. Perpecahan ini jugalah yang melemahkan orang Melayu sehingga PAS terpaksa meminta pertolongan orang kafir.

“Tetapi apabila bergandingan dengan parti kafir, PAS dakwa mereka tidak jadi kafir sebab kononnya, hubungan itu dijalinkan bersandarkan ‘tahaluf siyasi’ yang jika diterjemahkan ke bahasa Melayu bermaksud kerjasama politik.

“Kerjasama politik ini sama dengan apa yang dilakukan UMNO apabila bergandingan dengan MCA dan MIC. Justeru jelaslah bahawa bahasa Arab atau bahasa al-Quran digunakan untuk mengislamkan kerjasama PAS serta orang kafir,” katanya menerusi catatan di blog rasminya, chedet.cc, hari ini.

Perdana Menteri berkata, ahli PAS sanggup bermusuh dengan orang Islam lain kerana dimomokkan ajaran pemimpin mereka walaupun al-Quran jelas menyebut bahawa sesama Islam dianggap bersaudara.

Katanya, meskipun sebahagian daripada pengikut PAS bertindak ‘angkat kaki’ dan keluar dari parti, namun masih ramai ahlinya yang taksub dengan ajaran pemimpinnya sehingga menyaksikan perpecahan dalam kalangan Melayu semakin meruncing.

“Ia akan berterusan selagi PAS menyalah tafsir dan menyalahgunakan ajaran Islam. Ini sebabnya saya menentang PAS,” katanya.

Dr Mahathir turut membangkitkan tragedi Memali yang menyaksikan Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya dan 13 pengikutnya terbunuh, didakwa berikutan amanat Datuk Seri Hadi Awang ketika itu bahawa pemerintahan Barisan Nasional (BN) pimpinan UMNO sebagai kafir.

Susulan itu, katanya, mana-mana pejuang yang ‘tersungkur’ tatkala menggenggam tekad melawan kerajaan UMNO dan BN ketika itu diisytiharkan sebagai mati syahid sekali gus jenazah mereka tidak perlu dimandikan.

“Tiada ulama di Malaysia berani mendakwa bahawa langkah mengkafirkan orang bukan PAS adalah salah dan tidak menepati ajaran Islam. Pegawai pemerintah yang bertanggungjawab berkenaan Islam juga membisu seribu bahasa.

“Akibatnya orang Melayu bukan PAS yang semuanya beragama Islam dan mengikut ajaran sama, iaitu ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) serta mengangkat Imam Shafie tiba-tiba digelar kafir.

“Orang PAS tidak pun boleh bersama dengan ahli UMNO. Kenduri UMNO diboikot PAS. Perkahwinan antara PAS dan UMNO tidak boleh diadakan, malah ditegah daripada mendirikan solat secara berjemaah serta mengikut imam yang sama,” katanya.

Mengimbau kisah silam, Dr Mahathir menyifatkan episod perpecahan orang Melayu angkara PAS tercetus ketika sebahagian ahli parti itu yang terdiri daripada golongan ulama tetapi menjadi sebahagian daripada ‘keluarga’ UMNO tidak dipilih Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk dilantik menganggotai badan perundangan menggantikan Malayan Union pada 1948.

Berikutan kekecewaan itu, katanya, pemimpin yang digelar ‘ulama UMNO’ ketika itu nekad mengambil keputusan untuk keluar daripada parti dan menubuhkan Parti Islam Tanah Melayu (PMIP) sebelum diberi nama baharu, iaitu PAS.

“British mencadangkan supaya Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan pada 1955 untuk merebut 52 dari 98 kerusi Majlis Perundangan Persekutuan. UMNO dalam Parti Perikatan memperjuangkan isu menuntut kemerdekaan selepas PRU, manakala PAS mendakwa Malaya belum layak mendapat hak berkenaan.

“Hasilnya ialah kemenangan besar Parti Perikatan dengan memperoleh 51 kerusi sehingga menyaksikan British terpaksa menyerahkan tampuk pemerintahan kepada pimpinan Tunku Abdul Rahman menerusi pemerintahan dalaman.

“PAS memenangi hanya satu kerusi, sekali gus memberi isyarat penolakan kemerdekaan merugikan mereka. Maka bermulalah gerakan Islam diperalatkan sepenuhnya untuk menarik sokongan orang Melayu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 September 2018 @ 11:40 PM
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 08:46 AM | Show all posts
Sudah la atok

ko fikir ko sorang je yang betul dalam semua perkara

patut raikan perbezaan pendapat, iktiraf peranan ulama

damaikan, bukan cetus permusuhan dan kebencian

ko pun taksub dengan fahaman politik ko jugak sampai arah polis bunuh ustaz kat
memali dulu

pigidah PHundet
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 08:46 AM | Show all posts
sebab itu cucu cicit pegang anak anjing pun xpe,bela golongan lgbt pun xpe,itu islam yang patut kita amalkan
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 08:49 AM From the mobile phone | Show all posts
“Tetapi apabila bergandingan dengan parti kafir, PAS dakwa mereka tidak jadi kafir sebab kononnya, hubungan itu dijalinkan bersandarkan ‘tahaluf siyasi’ yang jika diterjemahkan ke bahasa Melayu bermaksud kerjasama politik.

“Kerjasama politik ini sama dengan apa yang dilakukan UMNO apabila bergandingan dengan MCA dan MIC. Justeru jelaslah bahawa bahasa Arab atau bahasa al-Quran digunakan untuk mengislamkan kerjasama PAS serta orang kafir,” katanya menerusi catatan di blog rasminya, chedet.cc, hari ini.


penonggang agama
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 08:51 AM | Show all posts
jauh di sudut hati Phundet, PHundet masih sayangkan UMNO
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 08:59 AM | Show all posts
malaysia rosak dah 60 tahun termasuk kemerdekaan
baik kita merdeka lambat mcm Brunei
kan @bedah_cun  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-9-2018 09:25 AM | Show all posts
apa yang hendak dimaksudkan oleh beliau  ni
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:37 AM | Show all posts
Dia tak cermin diri sendiri bahawa perpecahan paling teruk melayu adalah dari zaman dia. Semangat 46, Zaman Reformasi, Zaman tubuh Bersatu. Melayu Islam semua berpecah. Macai macai kat sini mudah lupa, dia org dulu kat C.I. ni lah paling lantang kutuk Atok ni, x caya cuba semak thread belakang tu.

Sudah2lah atok nak salah korang. Letih dah. Melayu guna tongkat kau templak, anak2 kau kaya raya tak guna tongkat ke atok?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-9-2018 09:41 AM | Show all posts
salah satu taktik oleh sang pencuri untuk mengelakkan dari ditangkap adalah dengan menjerit pencuri dan menuding ke arah orang lain..
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:52 AM | Show all posts
hahaha..atok mudah lupa
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:52 AM | Show all posts
abas8888 replied at 20-9-2018 09:41 AM
salah satu taktik oleh sang pencuri untuk mengelakkan dari ditangkap adalah dengan menjerit pencuri  ...

Setuju

ini yang sedang dilakukan atok sekarang
dengan menyuruh sprm dakwa DS Najib bawah bagai2
akta

sedangkan apa yang dilakukan Najib sebagai ptresiden umno
untuk dapatkan dana adalah sama sepertimana masa dia jadi presiden
umno dulu

dah termaktub dalam perlembagaan parti

wujud ketidakadilan yang sangat jelas di situ
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 09:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Yahudi_Bisex at 20-9-2018 09:57 AM

Akidah Melayu rosak sejak zaman British la atok. Orang yg terhasil dr produk British antara nya kau lah atok.

Orang Melayu dulu2 semua taat pada raja. Raja jadi Hindu depe jadi Hindu, Raja masok Buddha Melayu masuk Buddha.

Yg memecahkan Melayu tu bila ada penasihat British dan Residen British di Tanah Melayu, kemudian orang Melayu hantar anak pergi UK macam atok dan Tunku, terus Melayu start rosak.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
AbukRokok replied at 19-9-2018 12:59 PM
malaysia rosak dah 60 tahun termasuk kemerdekaan
baik kita merdeka lambat mcm Brunei
kan @bedah_ ...

Ai mmg konsisten. Baik merdeka lambat sb last2 mmg kna merdeka pon. British bukan mampu nak jaga smua region. Bodo org2 tua kena kencing dgn perikatan. Menyusahkan ai jer kna bertabah dgn samseng keling taik kucing geng 04, 08, geng 36 dengan cina tokan dadah Klang and Penang. Benci babi la babiii
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
ntahapapantah replied at 19-9-2018 01:37 PM
Dia tak cermin diri sendiri bahawa perpecahan paling teruk melayu adalah dari zaman dia. Semangat 46 ...

Ai mmg kutuk si tua neh dari zmn dia lagi. Ai undi rebah umno bukan sb nk suh si tua neh or anuar naik. Now ai undi rebah federalll. Ai nak balik negeri ai yg suci dan syumullll
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
abas8888 replied at 19-9-2018 01:41 PM
salah satu taktik oleh sang pencuri untuk mengelakkan dari ditangkap adalah dengan menjerit pencuri  ...

Tektik sama cina n kleng malaya neh gunakan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-9-2018 10:11 AM | Show all posts
ntahapapantah replied at 20-9-2018 09:37 AM
Dia tak cermin diri sendiri bahawa perpecahan paling teruk melayu adalah dari zaman dia. Semangat 46 ...

betol.tun mahathir nih nyanyuk teruk.cakap tak fikir guna otak,tapi pakai tapak kaki
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2018 11:11 PM | Show all posts
Contoh:

"Sa-tegok guinnes stout membuka selera. Sa-gelas guinnes stout memuleh tenaga. Karena tiap2 sa-gelas guinnes stout mengandongi khasiat..."

Munculnya PAS di Pantai Timur Semenanjung sebab ada Melayu tak puas hati dengan geng-geng Melayu moden agama jenis kelaut di Malaysia Barat (Semenanjung), esp geng UMNO urban zaman tu. Pengasas negara kita, orang melayu esp pemimpin dulu-dulu banyak sisi gelap, kaki betina, kaki tuang, kaki henjut semua. Buat apa nak kenang, sebab tu takde diceritakan dimana-mana. Tapi bila dah takde sape sembang pasal keburukan, orang zaman tu semua dah mati jadi takde siapa tau dah hal sebenar, Madey janganlah ambil kesempatan sembang macam tak kenal orang Melayu zaman dulu tu sebenarnya macam mana.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:00 AM GMT+8 , Processed in 0.115151 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list