Ramai mengenali Kate Middleton sebagai kekasih Putera William terutama ketika mengumumkan pertunangan mereka pada 2010. Tetapi, sebenarnya pasangan ini telah lama menyulam cinta dan pernah berpisah selama beberapa tahun sebelum mengambil keputusan melangkah ke alam perkahwinan dan sejak itu Kate memakai gelaran Duchess of Cambridge.
Dan kini, Kate dikenali sebagai ibu kepada tiga anak dan bakal mewarisi takhta Ratu yang menjadi amalan keluarga diraja tersebut. Tetapi, bagaimana kehidupan Kate sebelum itu?
Dipetik daripada Mirror UK, berikut perkongsian kehidupan Kate sebelum menjadi sebahagian daripada keluarga diraja Britain.
Seperti gadis remaja lain, Kate turut menghabiskan masanya di kelab malam, merancang percutian, melakukan rutin harian ke pasar raya dan sebagainya.
Kate bukan sahaja pernah dirakamkan ke pasar raya memakai seluar sukan, malah pernah dilihat berhibur bersama rakannya di kelab malam dan merancang percutian musim panas seperti gadis lain.
Dilahirkan dalam keluarga berada dan kemudiannya mengahwini seorang putera, pasti anda membayangkan kehidupannya yang 'fancy' dan 'glamour'. Namun, ianya tidak seperti yang dibayangkan.
Foto lama yang diambil oleh paparazzi jelas menunjukkan Kate adalah wanita yang sederhana. Foto berikut dirakamkan ketika hangat kisah percintaannya dengan Putera Wailliam.
Kate menghabiskan masa mudanya dengan menjadi tumpuan paparazzi yang mengikuti aktiviti hariannya. Jom kita lihat apa yang pernah dilakukan Kate ketika di usia 20an.
Kate seorang yang menggemari aktiviti sukan. Dia pernah menyertai latihan bersama pasukan mendayung Sisterhood cross Channel di River Thames pada 2007. Oh, dia juga sangat menggemari aktiviti ski!
Selain pernah menghadiri perlawanan tinju bagi acara amal, Kate juga gemar menonton kejohanan tenis Wimbledon yang masih diamalkannya hingga kini.
Malah, dia selalu dirakam menghadiri kejohanan Polo untuk menonton Putera William yang mengambil bahagian dalam kejohanan amal.
Kate menyambung pengajian di Universiti St Andrews di mana dia bertemu 'Prince Charmingnya'.
Kate dirakam bersama bapanya sebelum hari graduasi
Kredit foto: METRO
Eh, banyak lagi kalau nak bercerita mengenai Kate. Apapun, jika dilihat Kate sememangnya seorang yang merendah diri walaupun sudah menjadi sebahagian daripada keluarga diraja. Lihat sajalah pakaiannya yang sering diulang pakai yang mana tidak dilakukan keluarga diraja. - CARI
|