CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13050|Reply: 142

[Tempatan] Isu Merokok di Stesen Minyak: Pengurus dedahkan kenyataan Lando bercanggah

[Copy link]
Post time 19-9-2018 10:05 AM | Show all posts |Read mode

Pengurus stesen minyak Petron Setia Alam, William Tsang akhirnya tampil menjelaskan tuduhan yang dilemparkan terhadap pekerjanya, Loius adalah tidak benar.

Menurut William, Loius tidak mempunyai niat untuk mencederakan Pengasas Brotherhood, Lando Zawawi, 34, seperti yang didakwanya menerusi panggilan telefon bersama mStar Online pada Isnin.

"Loius hanya memegang pemadam api berkenaan sebagai persediaan awal sekiranya berlaku kebakaran di stesen minyak berkenaan malah pin keselamatan juga tidak dibuka.

"Jika diteliti paparan CCTV yang tersebar itu, alat pemadam api berkenaan diletakkan di atas lantai sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kejadian tidak diingini berlaku.

"Dakwaan Loius telah mengacukan alat pemadam api ke muka pelanggan (Lando) juga palsu! katanya kepada mStar Online, Selasa.

Selain itu, William turut menafikan dakwaan Lando yang menyatakan dia hanya merokok sebaik berada di dalam kenderaannya dengan tingkap tertutup rapat.

William berkata, terdapat beberapa pelanggan dan pekerja yang menyasikan kejadian itu memberitahu dia merokok sambil tangannya keluar dari tingkap kereta berkenaan malah naik berang selepas ditegur.

"Banyak tuduhan yang dibuat Lando bertentangan dengan kenyataan beberapa saksi kejadian
.
"Lando memberitahu dia merokok ketika tingkap kenderaannya ditutup rapat sedangkan ianya tidak benar!

"Sekali pun dia berada di dalam kereta ketika itu, serbuk pemadam api itu bukanlah ancaman terhadapnya kerana ia tidak boleh menembusi cermin tingkap," katanya sinis

Merokok dan penggunaan telefon bimbit adalah dilarang keras ketika berada di dimana-mana stesen minyak di negara ini.

Menurut William, tanda amaran merokok juga ada dilekatkan pada setiap pam dan Lando secara jelasnya telah melanggar Peraturan Kawalan Tembakau (Pindaan) 2017 yang menetapkan bahawa merokok dilarang sama sekali di mana-mana stesen minyak.

"Saya tidak akan berkompromi soal keselamatan. Tindakannya itu telah menyebabkan semua pelanggan dan pekerja berada dalam bahaya.
"Saya akan menyerahkan perkara ini kepada pihak berkuasa untuk siasatan," katanya.

Sabtu lalu, kecoh di media sosial mengenai insiden seorang aktivis berang selepas ditegur seorang pekerja asing gara-gara merokok di sebuah stesen minyak di Setia Alam.



Tindakannya itu turut mengundang kemarahan netizen yang menyifatkan perkara itu sebagai biadab dan tidak bertanggungjawab.

Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/berita/b ... v8rFZ9yGXXe7ckZp.99



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagus..dia back.up oekerjanya
Bangla tu pon mmg dia buatnkoje dia la
Kalau dia x oegang pemadam.api tu..terjadi apa apa..mmg dia akan dipersalahkan...

Iols penah jumpa sorang apek ni on the phone sambil isi minyak...bangla ni tegur pon dia buat x tau....isi minyak lama.juga...dkt rm100(sbb iols belakang kete dia)
Pastu manager dari dalam keluar ..apek juga lah..jerkah...trus cepat cepat habiskan n off phone trus blah...

Choi kan..terbakar aku n anak.aku mcmana?
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:14 AM | Show all posts
saper lando ni? samseng sgt ke
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:18 AM | Show all posts
zulka replied at 19-9-2018 10:14 AM
saper lando ni? samseng sgt ke

tukang turap jalan berlubang
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:18 AM | Show all posts
yg utama & jelas..

kenapa perlu merokok di situ...?

kamu aktiviis...sdh buat kerja bagus..ok lah..tp itu bkn lesen utk membuat sesuatu yg lain yg tk bagus pulak sesuka hati....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:20 AM | Show all posts
bodoh kot jantan ni..
cctv bersepah kat station tu..
kalau tempat takde cctv boleh la nak membongak..
ego tinggi melangit..
patutnya owner station pun buat report polis terhadap lando ni..
atas kesalahan merokok di tempat larangan..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-9-2018 10:21 AM | Show all posts
jgn pandang rendah kat staff yg isi myk x kira la melayu, cina, bangla, nepal etc. please fikir keselamatan org lain! ko nk mampus, pegi bakar diri sendiri. jgn duk main fon, atau merokok kat stesen myk.

ape ke penting sgt duk main fon/rokok kat stesen myk? mcm la boleh mati kalau x main fon/merokok kat situ.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:22 AM | Show all posts
Eh kau ni aktivist kan.

Tak kan tak paham bende dilarang di kawasan pam minyak.

Saman ajalah mamat ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 10:31 AM | Show all posts
bohong la kalau isap rokok dalam kereta tingkap tutup...
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:31 AM | Show all posts
bila da buat salah, gigih nak tegak benang basah.

biasanya org2 gini ramai yg sokong.
penyokong mesti backup
"jgn la semata2 hal kecik merokok kat pam minyak, suma org lupa jasa dia tampal lubang2 jalanan"

ada org yg jauh lebih suci dari lando.
tiap2 tahun dia bg duit kat org hampir seluruh negara.
jgn la salahkan dia songlap berbiliyon.
jgn la salahkan dia serah tanahair pada negara komunis.
kita rakyat tak terkesan pon dgn kesilapan kecik dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:33 AM | Show all posts
whatever la lu LANDO..lu lansi bagi la alasan bodo ke apa...wa nak cakap..lu tetap BODO...lu isap dalam kawasan larangan..lu punya kereta ada dalam kawasan larangan...
lu ingat lu punya kereta meletup diam2 saja ka...
pigilaaa lu LANDO...lu sudah bagus buat kerja tutup lubang sana sini.

tiba2 lu jadi BODO sebab ini isu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:35 AM | Show all posts
perokok kat malaysia ni kebanyakannya mmg bangang pon..nuff said  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2018 10:43 AM | Show all posts
selalu je terjumpa org isi minyak sambil main phone..aduhai..kita yang isi minyak dekat situ mmg rasa nak blah cepat2 takut terbabit sama kalau terbakar ke apa kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:43 AM | Show all posts
ni spesis manusia bangsat yg merokok kt stesen minyak..

klu nanti terbaka meletop ko sorng2 takpe la jugak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Lando yg acah sado tapi sebenarnya bodo!!!
Hisap rokok dlm kete, tingkap tertutup, yeah rrrrright bruh!
Harap satu hari nanti hang cedera/mati terbakaq!
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku mmg nyampah dgn dia dr seekers lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-9-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mmg spisis tongong takleh di ajar..ko nk rentung sila rentung sensorang jgn lak manusia yg tak bersalah ni sama terbakor
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 11:02 AM | Show all posts
takkan la benda simple tak boleh fikir lando?
klau bab menurap jalan memaki kerajaan kemain ko kan..
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Dia punya justifikasi seolah2 dia mangsa tu menjela2. Isu utama ko merokok di tempat larangan kan. Perbuatan ko berpotensi jadikan ramai orang mungkin mati terbakar takde ko pk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2018 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Don't be selfish, nak mati, mati sorang. Jangan libatkan orang lain yang nak hidup.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:28 AM GMT+8 , Processed in 0.238214 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list