View: 1260|Reply: 4
|
Dakwaan Tinggalkan Negara Secara Haram, Jamal Mengaku Tidak Bersalah
[Copy link]
|
|
Memetik laporan Astro Awani, Datuk Seri Jamal Md Yunos sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Majistret siang tadi.
Mengikut pertuduhan, Jamal yang didakwa tanpa sebab yang munasabah meninggalkan Malaysia tanpa melalui laluan yang dibenarkan
Kredit foto: www.bharian.com.my
Bagaimanapun ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhamad Firdaus Sadina Ali.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Hospital KPJ Ampang Puteri pada 25 Mei lalu.
Dakwaan kes dikemukakan mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen (A150) pindaan 2002 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 57 akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 24 September ini sebagai sebutan semula kes.- CARI |
|
|
|
|
|
|
|
....dan mereka yg 'MASUK' secara haram ke negara ini...ramai lagi TIDAK ditangkap....mmmm....... |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni bergari dan dibawak masuk oleh polis cenggitu pun masih lagi boleh senyum. |
|
|
|
|
|
|
|
denda duit takde kesan pada dia
bagi dia rasa masuk jel 2-3 tahun....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|