Gara-gara dendam kerana bekas kekasih curang, remaja lelaki berusia 19 tahun mengugut untuk menyebarkan gambar dan video lucah mangsa ke laman sosial.
Gambar Hiasan
Suspek, bagaimanapun ditahan polis kira-kira jam 5 petang semalam, di hadapan Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu di Jalan Sultan Omar sejurus keluarga mangsa membuat laporan polis.
"Suspek dikatakan bertindak demikian kerana dendam dan tidak berpuas hati terhadap bekas kekasihnya disebabkan wanita itu curang dengannya.
"Sepanjang tempoh setahun menjalinkan hubungan, mangsa mengaku ada memberikan beberapa koleksi gambar dan video aksi lucah yang dirakam sendiri untuk simpanan suspek ketika itu.
"Namun, selepas hubungan cinta mereka terputus, mangsa meminta agar memadamkan semua koleksi lucah tersebut tetapi suspek enggan. Malah, turut berani mengugut akan menyebarkan semuanya ke dalam laman sosial," kata sumber kepada Sinar Harian.
Kredit foto: Sinar Harian
Ketika pemeriksaan, polis tidak menemui sebarang benda menyalahi undang-undang pada tubuh suspek sebelum dia menyerahkan telefon bimbit miliknya.
"emeriksaan selanjutnya mendapati terdapat beberapa keping gambar dan video lucah milik mangsa yang disimpan di dalam telefon bimbit jenama Sony Xperia sebelum telefon berwarna putih itu dirampas.
"Turut dirampas satu set bateri telefon bimbit berwarna hitam jenis Sony, satu keping memori kad, satu keping sim kad Digi untuk siasatan susulan.
"Suspek seterusnya ditahan mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana menyimpan bahan lucah yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan kesalahan," katanya. - CARI |