CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2406|Reply: 3

[Jenayah] Sindiket Dadah Terbesar di Kabupaten Sabak Bernam Tumpa

[Copy link]
Post time 12-9-2018 10:07 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SABAK BERNAM - Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam berjaya menumpaskan sindiket dadah terbesar di daerah itu bernilai RM24,150 di Jalan Pantai, Bagan Sungai Besar, di sini, semalam.

Dalam serbuan kira-kira jam 1.05 petang itu, suspek lelaki berusia 40 tahun itu ditahan sepasukan polis diketuai Asisten Superintendan Mohamad Rashidi Mat Din bersama sekumpulan anggotanya.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Nor Azmi Isa berkata, dalam serbuan itu, polis berjaya merampas dua jenis dadah iaitu heroin seberat 1.35 kilogram dan syabu seberat 0.98 gram.

"Nilai rampasan tiga bungkusan heroin sebanyak RM24, 000 manakala tiga bungkusan kecil dadah jenis syabu sebanyak RM150," katanya kepada Sinar Harian.

Nor Azmi berkata, semasa serbuan dilakukan, suspek dipercayai bersama beberapa rakannya lain sedang berbual di kawasan berkenaan.

"Semua rakan suspek berjaya melarikan diri, bagaimanapun hasil kecekapan polis berjaya menahan suspek," katanya.

Beliau berkata, suspek yang turut mempunyai tiga kes lampau sebelum ini dalam aktiviti penyalahgunaan dadah dipercayai menjalankan aktiviti pengedaran di sekitar kawasan berkenaan.

"Suspek dipercayai membungkus dadah jenis heroin dalam paket-paket kecil dan kemudiannya menjualnya pada harga RM30 segram manakala syabu 0.3 gram pula dijual dengan nilai anggaran RM50," katanya.

Menurut Nor Azmi, suspek direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 1 Disember depan.

Katanya, kes itu disiasat mengiku Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukan hukuman mati mandatori dan Seksyen 12(2) ADB 1952 yang boleh didenda tidak lebih RM100, 000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Kongsi berita ini:

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2018 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
tahniah bampolis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur sangat polis boleh banteras pengedaran dadah kat Sabak Bernam...sebab dah meruncing sangat.

Kebanyakan diorg yg menagih ni pekerja buruh nelayan, dan petani.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-9-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Syukur sangat polis boleh banteras pengedaran dadah kat Sabak Bernam...sebab dah meruncing sangat.

Kebanyakan diorg yg menagih ni pekerja buruh nelayan, dan petani.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 06:56 AM GMT+8 , Processed in 0.633263 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list