Sungguh membimbangkan! Setiap hari, semakin banyak kisah membabitkan penculikan, penderaan dan penganiayaan kanak-kanak dilaporkan dan ditularkan. Itu belum termasuk yang tidak dilaporkan.
Terbaru, seorang ibu berkongsi detik cemas diganggu wanita berbangsa Cina yang 'menggila' meminta dia memulangkan anaknya.
Difahamkan, kejadian berlaku di KL Sentral jam 2.30 petang Rabu.
Menurut Nurul Suhada, dia diekori wanita berkenaan yang tidak berhenti merenung anaknya, Fayyad sepanjang berada di KL Sentral.
Sampai satu ketika, wanita terbabit menyergah Suhada dan bertanya beberapa soalan termasuk siapa bayi yang dikendongnya itu.
Bimbang keselamatan anak-anak kecil terancam, Suhada dan sepupunya bergegas beredar dari situ, namun dikejar wanita berkenaan.
Walaupun sudah memaparkan MyKid sebagai pengesahan Fayyad anaknya, wanita terbabit tetap berkeras mendakwa kanak-kanak itu adalah anaknya yang hilang.
Amoi psiko!
Suhada bernasib baik kerana beberapa anggota polis datang memberi bantuan dengan menahan wanita terbabit daripada terus mengekorinya.
Walaupun pulang dengan selamat, Suhada mengakui dia trauma dengan kejadian itu dan mengingatkan ibu di luar sana supaya jangan keluar rumah tanpa suami atau lelaki dewasa.
Berdasarkan ruangan komen, dipercayai wanita terbabit mengalami gangguan mental akibat kehilangan anak.
Betulkah amoi psiko ini kehilangan anak?
Orang ramai berharap agar pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya kerana bimbang kejadian sama berlaku kepada orang lain.
Kredit foto: FB Nurul Suhada ll
Berhati-hati dan berwaspada selalu jika anda keluar bersama anak kecil. Yang penting, bawa peneman bersama. - CARI |