CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5879|Reply: 14

Hatta Hussein, Pulangkan Hayyan Ariqin!

[Copy link]
Post time 6-9-2018 11:01 AM | Show all posts |Read mode
“Saya merayu bekas suami dan keluarganya, kasihanilah saya dan jangan zalimi Hayyan Ariqin yang memerlukan kasih sayang ibu."



Demikian rayu Siti Da Arafah Minal, 29, apabila anak lelaki tunggalnya, Hayyan Ariqin Mohd Hatta berusia setahun 10 bulan dilarikan bekas suami sejak lebih setahun lalu menghilangkan diri.








Memetik Harian Metro, wanita itu sudah membuat lebih 16 laporan polis di Batu Pahat dan Kempas, Johor, serta di Bangi dan Senawang.


Difahamkan, mahkamah juga mengeluarkan lima waran tangkap dan dua waran geledah terhadap bekas suami, namun sehingga kini tiada tindakan dilakukan.













Arafah yang diberikan hak penjagaan sementara Hayyan Ariqin selepas berpisah secara hakam dengan bekas suaminya berkata, anaknya hilang selepas dia menyerahkannya kepada bekas suami, Mohd Hatta Hussein di Bangi pada 29 Julai tahun lalu.

“Setiap hari saya menangis mengenangkan Hayyan Ariqin apatah lagi jika terpandang kanak-kanak sebayanya, hati sebak dan pilu kerana terlalu merinduinya.

“Lebih lagi Hayyan Ariqin hanya menyusu badan sejak lahir dan menolak susu formula, saya tidak dapat bayangkan bagaimana keadaannya sekarang.

“Hancur hati saya kerana kami tidak pernah berpisah sebelum ini, namun kini dia tiada lagi di sisi,” katanya.


Katanya, bekas suami yang sepatutnya memulangkan Hayyan Ariqin pada hari sama tidak berbuat demikian menyebabkan dia membuat laporan polis.








“Lima hari kemudian, saya ditemani keluarga dan polis menyusul ke rumah keluarga bekas suami di Taman Seri Kenangan, Batu Pahat untuk mengambil Hayyan Ariqin.

“Namun, kami tidak dibenarkan masuk malah rayuan saya untuk menyusukan anak juga tidak diendahkan dan diminta datang bersama peguam jika mahu anak dikembalikan.

“Keesokan hari, saya, keluarga diiringi polis dan peguam datang semula namun bekas suami dan anak tiada di rumah berkenaan,” katanya.


Kali terakhir lelaki itu dan anaknya dikesan berada di Senawang selepas dimaklumkan saudaranya pada Ogos tahun lalu.

“Namun saya serta keluarga yang diiringi polis terus dihalang bertemu Hayyan Ariqin walaupun nampak barang anak di dalam kereta bekas suami serta mendengar suara tangisan anak ketika kami tiba,” katanya.




Kredit foto: FB Return Hayyan Ariqin




Arafah yang tekad tidak akan berhenti untuk mendapatkan semula anaknya, mengucapkan terima kasih atas sokongan keluarga dan kenalan. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2018 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Ni mesti kes nak balas dendam lepaskan sakit hati kat ex bini. Semoga mak budak ni dapat jumpa anak dia semula
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 11:34 AM | Show all posts
bekas mertua pun x tolong ....

len kali nk kawen jgn tau kawen ajer...
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 11:40 AM | Show all posts
marah benar bekas suami
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
susah sangat ke polis nak cari ex husben tu..aku tengok kes berat cepat je polis jejak n tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku menyampah mak pak pisahkan anak dari another parent. Kisahlah apa sebab domestic violence ke hapa. Just ko nak revenge ko deny parental visit. Anak is part of mother and part of father. Kimmug sangat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-9-2018 12:22 PM | Show all posts
yang bekas mertua pon ikut sama bodo ni dah knape?cam xreti2 nk nasihatkan lak..hmm
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 12:22 PM | Show all posts
lima waran tangkap. and kau masih bebas lagi kat luar sana
mereput la si mak menunggu anak macam ni
org bankrapsi ade sekatan utk berkerja n keluar negara
org mcm pulak bebas bersenang lenang kt sana
so sekarang aku confuse ape fungsi waran tangkap sebenarnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-9-2018 01:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Adoi pulang la balik anak tu oi. Bukan mak je stress mcm ni. Anak pun sama. Tak kesian ke dkt anak tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya.. kalau dah namanya fully breasfeeding, bukan baby je seksa, mak pun merana. Semoga golongan bapak yg rasa benda ni remeh camni bengkak teknya sampai bernanah{:dot
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 01:31 AM | Show all posts
tgok gmbar jantan tu pun boleh tahu sejenis jantan ta guna ta guna ta gunaaa aaaaaa oooo lelaki *nyanyi style yuna*
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 01:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Prempuan ni engineer kan? Lakinya nmpk cam buruh jer biawak hidup ke heshe? lps tu cerai n heol pun bls dendam dgn larikn ank.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 01:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Udah la bangsat pangai pun bangsat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Account Instagram bangsat2 yg bersubahat sembunyikan adik Hayyan:

fiza_hussein
sikecil_zxara
fiefifie (wife haziq hussein)
mimiehussein
thefoodster.my (kakak si hatta nama fiza tu owner dia kot)

Kalau rajin cari lah kat fb, boleh tgk muka diorang. Mmg takde hati perut semua ni. Sanggup pisahkan mak dgn anak begini lama
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2018 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
http://www.bside.my/post/bisnes--amal-the-foodster
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 04:25 PM GMT+8 , Processed in 0.250169 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list