CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1373|Reply: 4

Kad Prabayar Dikecualikan SST Berkuatkuasa Esok- Menteri Kewangan

[Copy link]
Post time 5-9-2018 04:33 PM | Show all posts |Read mode


Hasil rungutan netizen apabila nilai kad prabayar telefon mereka dipotong berdasarkan peratusan SST, Kementerian Kewangan mengambil keputusan mengecualikan cukai perkhidmatan kepada pelanggan warganegara Malaysia.


Memetik laporan Sinar Harian, semua syarikat pembekal perkhidmatan telekomunikasi kad prabayar diarahkan melaksanakan pengecualian tersebut mulai esok.


Kredit foto: carian internet



Menterinya Lim Guan Eng berkata pengecualian itu berdasarkan kepada Seksyen 34(3)(a) Akta Cukai Perkhidmatan 2018.


"Ianya perlu bagi mengatasi masalah syarikat-syarikat telekomunikasi yang menghadapi kesukaran untuk mengubah sistem mereka dengan segera."


“Melalui pengecualian ini, pelanggan akan mendapat nilai kredit penuh apabila membuat tambah nilai dan tidak lagi dikenakan cukai perkhidmatan,” katanya.


Perkara tersebut dimaklumkan menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan Kementerian Kewangan hari ini.


Semua syarikat telekomunikasi perlu mengambil tindakan segera bagi mematuhi penetapan pengecualian cukai perkhidmatan itu.- CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2018 04:39 PM | Show all posts
kahkahkah.. sebab tu org gelar kau ni nobita.. main ckp je... jumpe telco sblm ni pun takde..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 05:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu gini kita merungut ramai2 bagi SST hapus terus.. Boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2018 05:17 PM | Show all posts
internet pon kasi hapus la SST....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2018 12:42 AM From the mobile phone | Show all posts
kroeGand: Klu gini kita merungut ramai2 bagi SST hapus terus.. Boleh?


Setuju ngan you. Macam bodoh je
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.250348 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list