View: 841|Reply: 0
|
Elak Tambang Melampau, Langkah Tambah Penerbangan Diambil
[Copy link]
|
|
"Tiga syarikat penerbangan tempatan iaitu Malaysia Airlines Berhad (MAB), AirAsia, dan Malindo Airlines bersetuju menambah jumlah penerbangan tujuh hari sebelum musim perayaan."
Demikian ulasan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berhubung langkah yang diambil kementeriannya dalam usaha menangani masalah tambang penerbangan yang didakwa sering dimanipulasi ketika musim perayaan.
Kredit foto: Berita Harian
Memetik laporan Astro Awani, Menteri Pengangkutan itu memaklumkan, tiga musim perayaan yang dikenal pasti selalunya berdepan dengan harga tiket yang melambung adalah termasuk Tahun Baru Cina, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Gawai.
"Tiga perayaan ini berdepan dengan harga tambang yang sensitif dan kita bakal melihat bagaimana kita mahu menurun harga tambang melalui tempoh percubaan."
Tambah beliau, tempoh tujuh hari ini masih dalam percubaan dan akan dimulakan dengan perayaan Tahun Baru Cina di laluan Kuala Lumpur-Sibu, Kuala Lumpur-Kota Kinabalu, Kuala Lumpur-Kuching, Johor Bahru-Sibu, Johor Bahru-Kota Kinabalu, Johor Bahru-Kuching dan Johor Bahru-Ipoh.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan perbincangan bersama tiga syarikat penerbangan di pejabat MAVCOM, Kuala Lumpur semalam.- CARI |
|
|
|
|
|
|
| |
|