Jika ditanya, siapakah artis kontroversi saat ini, pasti jawapannya adalah Zarina Anjoulie. Ya, satu demi persatu isu ditimbulkan oleh bintang drama Anak Pontianak ini membuatkan namanya sentiasa menjadi bahan berita media massa dan media sosial.
Selepas terbabit dengan kontroversi bersama doktor ginjal dan berpelukan dengan Ismail Izani, Zarina bersama rakan baiknya Fatiya Latif kini bergabung di Instagram menceritakan apa sahaja mengenai tingkah laku mereka berdua membuatkan namanya semakin menjadi bahan bualan.
Terbaharu Zarina memuat naik video beserta kapsyen mengenai niat program Meletop mahu menembualnya bersama Fathia Latiff, namun ditolaknya berserta dengan komen pedas kepada keseluruhan krew Meletop, termasuklah Astro.
Foto : IG Zarina
"Apa motif diaorang nak ajak kitaorang? Nanti tanya gossip semua. Lepas tu, dahla tak bayar."
Itu jawapan Fatia dan Zarina secara terbuka kepada Meletop kerana tiada gunanya pun mereka diajak sedangkan tidak memberi apa-apa manfaat kepada mereka berdua. Malahan Zarina juga sempat mengajuk cara Nabil menghoskan program tersebut serta ayat 'turban tercabut' dipercayai sengaja menyindir Neelofa.
Kredit foto: IG
Kredit foto: IG
Dasyat betul Zarina dan Fatia menjawab isu ini secara terang-terangan, seolah-olah mereka tidak takut dengan tindakan syarikat gergasi itu nanti. Namun, sebenarnya tiada apa yang ditakuti, kerana Zarina sendiri sebagai usahawan tidak memerlukan media elektronik dan cetak bagi mengetengahkan produknya.
Sebaliknya dia sendiri lebih selesa berinteraksi dengan pengikutnya di media sosial iaitu menjual secara langsung. Sementara Fatia pula dilihat menjadi model produk kawan baiknya sendiri dan tidak lagi ditawarkan berlakon mana-mana produksi. - CARI
|