CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2367|Reply: 6

Selalu Syampu Tapi Rambut Masih Rosak Dan Rapuh? Mungkin Salah Cara Anda Mencuci

[Copy link]
Post time 3-9-2018 12:20 PM | Show all posts |Read mode
Pernahkah anda mencuci rambut tetapi rambut masih lagi kelihatan tidak bermaya, rosak dan rapuh? Terdapat pelbagai jenis syampu yang boleh kita dapati di pasaraya seperti rawatan rambut gugur, rambut rosak, kelemumur dan sebagainya.

Tetapi, pernahkah anda tertanya-tanya mengenai cara yang betul untuk mencuci rambut setelah ratusan mahupun ribuan ringgit dihabiskan untuk membeli produk tetapi langsung tidak berkesan merawat permasalahan kulit kepala. Jom kita ketahui cara sebenar mencuci rambut!


1. Rambut tidak diselaputi air sepenuhnya ketika mencuci rambut


Adalah disaran untuk menggunakan air suam ketika mencuci rambut. Ianya dapat membuka rongga rambut dan menyingkirkan minyak serta kotoran. Pastikan rambut anda benar - benar basah sebelum mencuci.


2. Terlalu banyak shampu ketika mencuci rambut



Sumber: Google Images



Afdhal hanya menggunakan amaun sebesar duit syiling 50 sen untuk rambut yang pendek, dan dua kali ganda amaun untuk rambut melepasi bahu. Patutla syampu cepat habis, guna terlebih banyak dari yang sepatutnya!


3. Guna conditioner dahulu sebelum syampu.


Untuk mereka yang berambut panjang, adalah digalakkan untuk menggunakan perapi dahulu sebelum mencuci rambut.Biarkan seketika sebelum membilas supaya zat dalam perapi dapat meresap masuk dalam rambut.


4. Mengguna perapi hingga ke akar rambut.




Sumber: Google Images

Perasan tak kalau kita guna perapi hingga hujung akar rambut, kulit kepala kita akan gatal? Hanya cukup tengah rambut hingga hujung saja ya!



5. Syampu dan cuci hanya di hujung kulit kepala.




Sumber: Google Images

Cuci rambut anda menggunakan syampu dengan menumpukan cucian di hujung kulit kepala. Ini kerana rambut anda di kulit kepala adalah paling berminyak dan paling muda. Manakala yang di hujung adalah yang paling rapuh.


6. Lakukan dengan lembut




Sumber: Google Images

Tidak perlu cuci atau gosok kepala anda secara kasar kerana merasakan dapat membuang kelemumur atau rambut rosak secara efisien. Cara ini ternyata salah sama sekali! Ianya membuatkan rambut menjadi kusut. Mulakan aktiviti pencucian daripada akar rambut dan ransang pengaliran darah di kepala menggunakan teknik urutan secara menegak dan tekanan yang lembut.


7. Bilas dengan air sejuk



Sumber : Google Images



Berbanding menggunakan air panas ketika membasahkan rambut, untuk hasil rambut yang bersinar serta sihat, adalah digalakkan untuk membilas shampu menggunakan air sejuk. Ini kerana air sejuk akan menutup kutikel rambut dan menjadikannya lebih bersinar.


Cuba amalkan tips tips di atas untuk mendapatkan rambut yang lebih sihat. Anda pasti akan merasai perubahannya! -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2018 02:57 PM | Show all posts
Indo berguna dan selalu buat seperti yang disarankan
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 03:41 PM | Show all posts
bagusnya perkongsian TT. maceh tt
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 04:21 PM | Show all posts
Pakai conditioner dulu pastu baru shampo?..OMG selama nie salah step
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Artemesiaa: Indo berguna dan selalu buat seperti yang disarankan

indo?kekeke~

Btw,sy xguna warm water,n usually conditioner after shampoo sbb kt botol shampoo tulis cenggitu..huhu..akn cuba praktikkan lah..hehe..thanksss for da info
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2018 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Shampoo ni bagus trismmee brand. Ada kat watson guardian mydin tak hado. Sebotol rm18 only. Rambut ai is cantik after pakai shampoo ni. Anak ai kenalkan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2018 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kadang2 lepas pakai shampoo sama 2 3 bulan, mesti rambut rosak balik. Memang kena tukar ke shampoo dengan kerap ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:19 AM GMT+8 , Processed in 0.042874 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list