Paderi Charles H.Ellis III hari ini meminta maaf selepas tersentuh payudara penyanyi Ariana Grande ketika menjalankan sebuah upacara keagamaan pengkebumian mendiang Aretha Franklin di Detroit, Amerika Syarikat kelmarin.
Paderi itu juga memohon maaf kerana membuat lawak mempersendakan nama keluarga Ariana.
Kredit Foto: NDTV.com
Ariana Grande adalah salah seorang daripada beberapa penyanyi popular yang dijemput mempersembahkan tribute kepada mendiang Aretha.
Selesai menyanyikan lagu ‘You Make Me feel Like A Natural Woman’, Paderi Charles yang bertindak sebagai salah seorang pengacara majlis itu telah naik ke pentas untuk mengucapkan tahniah kepada Ariana.
Kredit Foto: JOE.ie
Bagaimanapun, ketika beliau memeluk Ariana, tangannya telah menyentuh sebahagian payu dara penyanyi tersebut. Ariana kelihatan terkejut dan menjadi merah padam dengan perbuatan itu.
Kesilapan yang disiarkan secara langsung dengan jutaan penonton itu kemudiannya menjadi kemarahan netizen yang mengutuk Paderi Charles.
Kredit Foto: Upwakk.com
Memetik kenyataan di NDTV.com, Paderi Charles menyatakan tidak berniat untuk menyentuh payu dara wanita sembarangan. ‘Saya tidak tahu, dan tidak sengaja. Mungkin saya terlalu gopoh’ katanya lagi.
Beliau juga memohon maaf kepada komuniti Hispanik kerana mempersendakan nama Ariana Grande yang katanya ‘mirip nama menu di restoran Taco Bell’ .
Kredit Foto: Laila's Blog
Bagaimanapun sehingga kini, Ariana belum membuat sebarang kenyataan kepada media berkenaan kejadian itu. - CARI |