Waktu petang memang sedap kalau dapat jamah kuih-muih ditemani secawan teh atau kopi kegemaran anda.
Jadi kalau anda rasa nak makan kuih-muih khususnya donat, boleh datang ke Jalan Padang Tembak, di depan bangunan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) berdekatan dengan Jalan Semarak.
Foto:Facebook
Di sini terdapat gerai menjual pelbagai jenis kuih-muih dan yang paling istimewa ialah donat pelbagai perisa dan warna.
Ia berbeza dengan donat pelbagai warna yang dijual di kedai-kedai francais antarabangsa kerana donat ini ialah donat homemade!
Foto:Facebook
Jenis-jenis donat yang dijual di sini ialah donat red velvet, donat pandan, donat perisa coklat, keladi, durian dan juga keju!
Harga donat bermula dari RM2 untuk 3 biji donat dan 4 biji donat bagi jenis yang lain.
Foto:Facebook
Nak tahu lebih lanjut datanglah sendiri ke gerai ini! Waze sahaja JPAM, okay! Selain donat pelbagai perisa dan warna, mereka turut menjual kuih lain seperti karipap, burger Malaysia dan lain-lain.
Jadi anda boleh pelbagaikan hidangan makan petang anda! Segeralah ke Jalan Padang Tembak untuk cuba sendiri donat-donat unik ini! -CARI