Kecoh betul media sosial hari ini dek dakwaan Zarina Anjoulie yang mempertahankan produknya 'sampah'nya oleh seorang doktor pakar iaitu Dr.Rafidah. Lebih diperkatakan ialah bahasa yang digunakan oleh Zarina sangat biadab serta menyerang peribadi doktor tersebut membuatkan ramai netizen berang.
Oleh itu, ada netizen yang juga bergelar doktor iaitu Dr.Khairul Hafidz menjawab segala persoalan yang ditimbulkan oleh Zarina.
Bagi Khairul, tuduhan Zarina yang menyatakan Dr.Rafidah tidak memberi khidmat percuma kepada orang awam adalah tidak berasas sama sekali. Malahan pelbagai medium ilmu telah diberikan secara percuma seperti 'live fb' dan sebagainya.
Ramai yang bersetuju dengan pendapat Khairul serta memihak kepada Dr.Rafidah dalam isu ini. Maklumlah individu yang lantang mempersoalkan kredibiliti pihak lain pastinya dia sangat takut dengan bayang-bayang sendiri.
Jamu tradisional - Google
"Mungkin ujian air kencing perlu dilakukan bagi memastikan dakwaan individu tersebut dibuat dalam keadaan sedar dan tidak dipengaruhi oleh dadah."
Kredit foto: Twitter
Malahan isu ini menjadikan pengamal perubatan 'menyedari' kesalahan mereka selama ini. Lebih melucukan, Zarina sendiri memberi maklum balas kepada doktor tersebut.
Bersama kawan baiknya, Fatiya Latif - IG
Seperti biasa, Zarina Anjoulie masih berterusan menyatakan pendiriannya tetapi dalam masa sama menyukai kontroversi ini kerana ia menaikkan nama dan produknya sekali lagi untuk diperkatakan oleh ramai orang.
Ada pelbagai elemen dalam isu ini seperti kebiadaban, kurang ilmu, menegakkan 'benang basah' dan juga boleh bersikap seperti tiada apa-apa setelah menimbulkan kekecohan ini. Semoga ramai yang lebih sedar dengan apa yang sebenarnya berlaku. - CARI
|