View: 5212|Reply: 34
|
Pesawat bawah permukaan air Google Maps MH370?
[Copy link]
|
|
PADANG. INDONESIA - Seorang ahli teori konspirasi mendakwa dia mungkin sudah menemui pesawat MH370 menerusi carian di Google Maps.
Menerusi carian itu, dia menemui satu imej berbentuk pesawat di bawah permukaan air di perairan Padang, Indonesia.
Lokasi itu dikatakan sekitar sejam perjalanan dari Kuala Lumpur yang mana ia merupakan lokasi pesawat itu berlepas pada Mac 2014.
Penulis yang tidak dinyatakan nama atau identiti itu dalam laporan di worldpronews.com berkata pesawat itu mungkin berada di bawah permukaan air, dan ia berkemungkinan merupakan pesawat yang selama ini dicari-cari.
Advertisement
Bagaimanapun, dia juga tidak menolak kemungkinan jika paparan imej dalam carian itu merupakan pesawat lain yang melakukan pendaratan di atas air.
Sekadar berkongsi maklumat, manalah tahu jika ia merupakan MH370 yang dicari-cari.
"Sesetengah orang mungkin berpendapat ia adalah pesawat lain yang mendarat di atas air, ada juga yang cakap ini tipu semata-mata.
"Jika anda melakukan pengiraan saiznya menggunakan Google, ia sekitar 12 hingga 15 meter panjang di atas air.
"Saya tak pasti formula mengukur saiz jika ia berada pada kedalaman 15 hingga 20 meter di dalam air, seseorang mungkin tahu," ujar individu tersebut.
Malah, terdapat beberapa pelayar laman tersebut yang turut bersetuju bahawa imej berkenaan merupakan pesawat milik Malaysia Airline yang hilang pada 2014.
"Saya rasa ini bukan posting palsu, saya baru periksa dan ia ada di sana. Ia tidak berada di daratan, jika anda tengok betul-betul, ia kelihatan terbalik," ujar seorang individu.
Pesawat itu terputus hubungan dengan menara kawalan trafik setelah 40 minit berlepas dari Kuala Lumpur dalam perjalanan ke Beijing.
Penerbangan itu membawa 239 penumpang termasuk anak kapal.
Pada Julai lalu, penyiasat mendedahkan lebih 60 teori berkaitan insiden itu menerusi laporan mereka.
Menurut ketua penyiasat, Kok Soo Choon, pesawat itu membuat pusingan balik sebelum mengubah haluannya.
Malah, alatan komunikasi di pesawat itu turut dimatikan.
"Kita tak boleh sahkan jika ia dipandu pihak lain selain juruterbang, tapi kita juga tak menolak kemungkinan ia diambil alih oleh orang lain," katanya.
Sehingga kini, insiden melibatkan MH370 kekal misteri dan menjadi tanda-tanya semua pihak. - MStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Ni berita tak betul ni...kat youtube dah lama dah. ..ramai orang kecam sebab tipu kalau tak silap. ... |
|
|
|
|
|
|
|
maknanya mh370 tu seketul elok camtu je ke dalam air?
hahahhahahhaa...
okay..since berita dari seberang ni, susah nak percaya |
|
|
|
|
|
|
|
Indon claim jumpa kat googlemaps. Padahal dia jumpa kat 9gag. Siall je |
|
|
|
|
|
|
|
Nak buat citer lawak ke apa ni?
Elok seketul dok bwh air gitu |
|
|
|
|
|
|
|
Aku lebih caye cite serpihan daripada dongeng ko wak |
|
|
|
|
|
|
|
Aku agak ia adalah kapal terbang yg tengah terbang.... |
|
|
|
|
|
|
|
if i were 1 of those family
i want authorities to investigate about this
whether its hoax or something
|
|
|
|
|
|
|
|
Eh babi, xpayah nak melawak jmpa guna Google maps pelbagai lah. Dodol kahakkan jah sampah2 yg terhegeh2 guna Google maps. |
|
|
|
|
|
|
|
supernaturalee replied at 24-8-2018 08:33 AM
if i were 1 of those family
i want authorities to investigate about this
whether its hoax or somet ...
Authority kalau nak gi investigate perlu ada basis, perlu ada bukti kukuh semua. Sis ingat nak gi tgah laut tgok sebegitu tu kosnya rm10 ulang alik? |
|
|
|
|
|
|
|
ni pun boleh jd berita ke?
benda ni da lama kot |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat MH370 Ditemui Menerusi Carian Di Google Maps?
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 sejak empat tahun lepas masih kekal misteri dengan tiada sebarang penemuan besar dalam operasi pencarian di Selatan Lautan Hindi sejak dilancarkan awal tahun ini.
Kredit foto: www.sinarharian.com.my
Namun baru-baru ini dalam laporan worldpronews.com, seorang ahli teori konspirasi mendakwa dia mungkin sudah menemui pesawat MH370 menerusi carian di Google Maps.
Memetik laporan mStar, penulis yang tidak dinyatakan nama atau identiti itu berkata satu imej berbentuk pesawat di bawah permukaan air di perairan Padang, Indonesia ditemui hasil cariannya.
Difahamkan lokasi itu sekitar sejam perjalanan dari Kuala Lumpur yang mana ia merupakan lokasi pesawat itu berlepas pada Mac 2014.
"Saya tak pasti formula mengukur saiz jika ia berada pada kedalaman 15 hingga 20 meter di dalam air, seseorang mungkin tahu," ujar individu tersebut.
Malah, terdapat beberapa pelayar laman tersebut yang turut bersetuju bahawa imej berkenaan merupakan pesawat milik Malaysia Airline yang hilang pada 2014.
Bagaimanapun, dia juga tidak menolak kemungkinan jika paparan imej dalam carian itu merupakan pesawat lain yang melakukan pendaratan di atas air.
Sekadar berkongsi maklumat, manalah tahu jika ia merupakan MH370 yang dicari-cari.- CARI
|
|
|
|
|
|
|
|
...…………….. |
|
|
|
|
|
|
|
mende laa wehh..isu lama dah |
|
|
|
|
|
|
|
sis @Changa kata baik pegi sembah berhala jah |
|
|
|
|
|
|
|
apa citer dulu kata ada pengkaji ex DCA nak buat expedition cari MH370 kat Pulau andaman siap ada gambar satellite lg ...ni dah separuh 2018 xde berita pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kalaulah sesenang click-click Googlemaps je boleh jumpa |
|
|
|
|
|
|
| |
|