View: 1551|Reply: 7
|
[Dunia]
Sembilan jemaah Malaysia cedera nahas dua bas
[Copy link]
|
|
MAKKAH - Sembilan jemaah Malaysia cedera ringan dalam nahas membabitkan dua buah bas yang membawa jemaah haji Malaysia ke Makkah dari Mina.
Mereka yang cedera terdiri daripada tiga jemaah lelaki dan enam jemaah wanita.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 8.40 pagi waktu tempatan semasa bas jemaah Malaysia dalam perjalanan pulang ke Makkah selepas melakukan nafar awwal.
"Kira-kira jam 8.40 pagi, bilik gerakan Tabung Haji (TH) telah menerima laporan mengenai kemalangan tersebut dan telah menghantar pasukan kecemasan yang terdiri daripada petugas perubatan dan kebajikan, bersama-sama pihak muassasah Asia Tenggara meninjau dan memberi pertolongan.
Advertisement
"Keadaan jalan ketika itu sangat sesak kerana kebanyakkan jemaah haji dari seluruh dunia melakukan nafar awwal dan pulang ke Makkah pada hari yang sama," katanya kepada media selepas melawat jemaah haji yang cedera di sini, semalam.
Sejurus memberikan bantuan kepada jemaah haji tersebut, Mujahid berkata pihak muassasah menghantar dua buah bas gantian untuk jemaah haji Malaysia meneruskan perjalanan pulang ke hotel penginapan mereka.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak muassasah Asia Tenggara yang telah memberikan kerjasama yang tinggi dalam memastikan jemaah kita selamat sampai ke pusat penginapan mereka," katanya.
Sembilan jemaah yang tercedera telah di bawa ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang ke hotel mereka.
"Pasukan perubatan TH turut membuat saringan kesihatan sekali lagi terhadap jemaah lain yang terselamat untuk memeriksa sekiranya ada antara mereka mengalami trauma berikutan kemalangan ini," katanya.
Justeru, Mujahid menasihati kaum keluarga jemaah haji di tanah air untuk tidak merasa bimbang dengan kemalangan tersebut kerana segala langkah-langkah yang sepatutnya telah diambil oleh pihak TH di tanah suci.
"Ia hanyalah satu kemalangan yang tidak melibatkan kecederaan yang serius dan kesemua mangsa kemalangan telah dibenarkan pulang ke pusat penginapan mereka oleh pihak hospital dan dari apa yang saya lihat (setelah melawat mangsa), mereka dalam proses pemulihan," katanya. -Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh dan dimudahkan urusan haji |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok kat bas tu Maktab 81. Syukur lah semua selamat. |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. |
|
|
|
|
|
|
|
ntah kenapa aku rasa orang yg komen berdoa online semua ni aku rasa doa dorang tak ikhlas
cam nak tunjuk baik je
konon alim
|
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah cedera ringan je. moga derang cepat sembuh.. biasanya yg pegi haji ni org yg dah agak berumur, kesian derang. |
|
|
|
|
|
|
| |
|