Menurunkan berat badan memang bukan mudah. Ramai yang gagal mencapai matlamat. Ada juga yang pernah mencapai berat badan ideal, tetapi naik kembali beberapa tahun kemudian. Sebab itu muncullah banyak jenis diet menurunkan berat badan. Antaranya diet kalori, kurang karbohidrat, kurang gula dan bermacam-macam lagi. Tidak kurang juga diet yang dianggap pelik dan dikecam oleh pengamal-pengamal perubatan.
Kredit Gambar: Time2Thrive
Memetik active.com, berikut 8 jenis diet kontroversi yang pernah popular suatu ketika dahulu.
1. Diet Bebola Kapas
Kredit Foto: World of Diets
Diet Bebola Kapas atau cotton ball diet ialah sejenis diet yang melibatkan menu bebola kapas, dicicah dengan perasa seperti jus buah-buahan atau sos. Menurut logik pencipta diet ini, pemakan diet bebola kapas akan mudah kenyang sepanjang hari dan tidak akan lapar. Ini menyebabkan pengamal akan turun berat badan dengan cepat. Diet ini mendapat tentangan daripada pengamal kesihatan.
2. Diet Cacing Pita
Kredit Foto: Vice
Pengamal diet kontroversi cacing pita akan memakan cacing yang akan tinggal di dalam perut mereka. Cacing pita ini berfungsi memakan semua makanan yang masuk ke dalam perut dan mengurangkan lemak yang akan diserap oleh pengamal. Diet ini popular pada pertengahan tahun 50an di mana cacing pita laris dijual dalam bentuk pil. Bagaimanapun, apabila cacing pita ini membesar sehingga 25 kaki panjang, ianya boleh mengakibatkan penyakit lain kepada pengamal sehingga penjualan pil ini diharamkan oleh kerajaan Amerika Syarikat.
3. Diet Sabun Pelangsing
Kredit Foto: Deshermel
Anehnya, diet kontroversi yang bermula pada tahun 1930an ini masih lagi diamalkan sehingga kini kerana pengamal percaya sabun yang dipakai ketika mandi ini mampu mencairkan lapisan lemak di bawah kulit. Terdapat banyak jenama sabun ini di pasaran, termasuk di Malaysia.
4. Diet Rokok
Kredit Foto: Digitally Delicious
Pengamal diet percaya merokok dapat mengurangkan selera makan disebabkan lapisan asap rokok akan menyelaputi dan membunuh tunas rasa pada lidah. Awas, diet ini akan membawa banyak penyakit kronik lain.
5. Diet Tidur
Kredit Foto: Daily Express
Pengamal diet digalakkan untuk tidur selepas makan. Penyanyi popular AS, mendiang Elvis Prisley merupakan salah seorang pelopor diet ini. Pengamal percaya tidur akan membakar lemak dan makanan yang baru dimasukkan ke dalam perut.
5. Diet Cuka
Kredit Foto: YouTube
Diet kontroversi ini diperkenalkan pada tahun 1920an oleh Lord Bryon yang mencadangkan pengamal untuk meminum cuka dicampurkan dengan segelas teh dan sebiji telur mentah . Diet ini sungguh berjaya sehingga ramai anak gadis yang menjadi ramping dan menyebabkan Lord Byron dituduh mempopularkan penyakit bulimia dan aneroxia. Kegilaan ke atas diet ini tamat apabila kajian mendapati pengamal akan muntah dan cirit birit berdarah, dipercayai kesan sampingan diet cuka.
6. Diet Graham
Kredit Foto: New England Historical Society
Diet ini diperkenalkan oleh seorang Father bernama Sylvester Graham pada tahun 1830. Menurut beliau, kegemukan disebabkan oleh sek.s yang berlebihan. Oleh itu beliau mencadangkan mereka yang obese untuk mengelakkan berhubungan intim dengan suami atau isteri pada sesuatu tempoh tertentu sehinggalah berat badan ideal dicapai.
7. Diet Visi Biru
Kredit Foto: Trending Posts
Diet visi biru ini adalah diet yang percaya bahawa warna biru akan mengurangkan selera makan. Oleh itu pegamal akan memakai sejenis kaca mata khas yang akan menukarkan semua menu makanan kepada warna biru ketika makan.
8. Diet Mengunyah dan Meludah
Kredit Foto: Daily Mail
Pada tahun 1903, pengamal diet ini Horace Fletcher telah mendakwa turun berat badan sebanyak 40 pound. Beliau menurunkan berat badannya selepas gagal mendapatkan insurans kesihatan kerana kegemukan. Rahsia diet ini ialah mengunyah makanan sebanyak 32 kali kemudian meludahkannya. Diet ini sangat popular suatu ketika dahulu dengan motonya 'Nature will castigate those who don't masticate' (alam akan menghukum sesiapa yang tidak mengunyah).
Jadi bagaimana? Adakah anda tergerak hati ingin mencuba mana-mana diet masa lampau yang kontroversi ini? Yang penting dapatkan nasihat doktor sebelum mencuba! -CARI |