CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3084|Reply: 26

[Tempatan] Tiada Layanan Istimewa Ke Atas Tan Sri Musa Aman- Pesuruhjaya Polis Sabah

[Copy link]
Post time 23-8-2018 08:52 AM | Show all posts |Read mode



Polis Sabah akan mengambil keterangan dan menjalankan siasatan ke atas bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman dalam masa terdekat ini.


Kredit foto: carian internet



Memetik laporan The Star,Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Ramli Din berkata pihak polis tidak melaksanakan siasatan serta-merta bukan bermakna Tan Sri Musa diberi keistimewaan.


“Doktor yang merawatnya mohon sedikit waktu. Insya Allah dalam masa terdekat kita akan menjalankan siasatan ke atas beliau.”


Jelas Datuk Ramli, pihak polis bertindak sedemikian atas sifat kemanusiaan kerana Tan Sri Musa dalam keadaan kurang sihat.


Dilaporkan Tan Sri Musa Aman pulang ke tanah air dengan menaiki kapal terbang peribadinya dari Singapura pada 21 Ogos lalu.


Beliau sebelum ini dilaporkan mendapat rawatan di London, pulang ke tanah air selepas tiba di Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang, jam 6.45 petang semalam dari Seletar, Singapura.


Tan Sri Musa yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Sungai Sibuga, dilaporkan meninggalkan negara ini ke London pada 16 Mei untuk menjalani rawatan perubatan di London.


Beliau kini dikehendaki polis berhubung dakwaan ugutan jenayah terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah pada majlis angkat sumpah 10 Mei lepas.


Beliau turut disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia berhubung dakwaan menyogok Anggota Dewan Undangan Negeri.- CARI

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2018 08:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Menerima rawatan? Sakit mental ke uol? Takleh terima kenyataan ko tu dah bukan CM Sabah?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 08:57 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 23-8-2018 08:59 AM

Eh berangan la ko manjang mahu treated di luar negara, kejap di UK, kejap di Singapore. Celah mana ko cekau duit untuk bayar suma tu celaka?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Amboi sampai ada nurse dakwa bilik kosong.. dah macam drama korea doctors gittuh.. kuat layan drama tul musa aman. Asal lari, g london.. datang balik, masih sakit.. hosp pun siap private bagai, ada teori konspirasi bagai.. harap2 tak disahkan mati ya feeling nak fake death.. semoga musa aman sihat sejahtera dalam menjalani hukuman sekiranya bersalah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 09:05 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 23-8-2018 12:55 AM
Menerima rawatan? Sakit mental ke uol? Takleh terima kenyataan ko tu dah bukan CM Sabah?

Dia punya sasau tu lain macam.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 09:19 AM | Show all posts
Ini private hospital ni. Berapa juta RM dia bayar duduk situ berbulan.

Sedangkan private hospital under nHS trust katil sahaja untuk satu malam £1800-£2000, katil sahaja  tu belum termasuk nurse, ubatan dan treatment.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2018 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Byknye duit dia..private jet bagai..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 02:58 PM | Show all posts
kaya betul. patut laa aman-aman jah pegi UK
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2018 03:07 PM From the mobile phone | Show all posts
tengok gambar terdampar tu dah macam p.ramlee pula. saya yang mati dulu!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 03:15 PM | Show all posts
chazey replied at 23-8-2018 08:57 AM
Eh berangan la ko manjang mahu treated di luar negara, kejap di UK, kejap di Singapore. Celah mana k ...

khueeen sis
heshe bajet2 masih lg CM ..harus dpt vvip treatment bagai..dah sakit bedridden ni, lepaskan saja la kerusi ADUN kau tuh
bagi yg sihat2 lak pegang kawasan
ko tu dah la sakit.menyusahkan org jah bah
eh aku cakap sabah lak
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sakit ke bossku?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Btw, mc, was2 gittuh dhn6 apa yg kp ne cakap.. hmmmmmmmmmmm
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 06:30 PM From the mobile phone | Show all posts
samasam90 replied at 23-8-2018 09:05 AM
Dia punya sasau tu lain macam.

Tu la. Kompom mental ni. Kompom!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 06:40 PM From the mobile phone | Show all posts
cmf_premierleag replied at 23-8-2018 03:15 PM
khueeen sis
heshe bajet2 masih lg CM ..harus dpt vvip treatment bagai..dah sakit bedridden ni, le ...

Hahaha!

Mohon akaun heol freezed macam akaun anak Najib tu. Ngada nak mampos sakit mahu pegi sepital private specialist saja. Hellloooo gomen hanta ja Musa ni masuk wad kelas tiga di hospital Queen Elizabeth biar sewad dengan pilak2 kesayangan beliau selama berkuasa! I mean, who is he? What good has he done? Is he that important to the nation? Will he be missed by the majority of the Sabahans if he is gone? I bet the answer is no sister, ai bet it will be a big HEEEEEEEELLLLL NO!
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
buapakperut replied at 23-8-2018 07:07 AM
tengok gambar terdampar tu dah macam p.ramlee pula. saya yang mati dulu!!!!

Dia layan ka p ramlee? Entah2 i woke up like this, we flawless
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 06:57 PM | Show all posts

Jangan jaid mcm Musa Aman ,xaman hidup ko  https://musaAMAN.sharethislah.com/419831-551906
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2018 07:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa x mampos jah kau?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 08:41 PM | Show all posts
dan2 la sakit...
takda rupa org sakit pun, kataku menuduh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 09:11 PM | Show all posts
Sehubungan dengan kepulangan Tan Sri Musa Aman ke Malaysia, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menyoal di mana anak bekas ketua menteri Sabah itu, Yamani Hafez Musa.

Yamani Hafez, selaku ahli Parlimen Sipitang, tidak hadir pada majlis mengangkat sumpah anggota Dewan Rakyat bulan lalu.

"Walaupun kita dihujani dengan dakwaan tidak berasas di media sosial mengenai keadaan kesihatannya namun anak beliau yang adalah ahli parlimen Sipitang, kelihatan berdiri bersebelahan Musa dalam keadaan begitu sihat.

"Ketika ini, (Yamani Hafez) menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab langsung sebagai seorang ahli parlimen dan beliau tidak menghormati dewan yang mulia itu dengan tidak menghadiri upacara mengangkat sumpah di Parlimen bulan lalu tanpa penjelasan sah," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Rakyat ingin tahu sama ada beliau juga tenat seperti bapanya," katanya.

Liew sebelum ini berkata bahawa Yamani Hafez tidak memaklumkan kepada Parlimen mengenai alasannya tidak mengahdiri sidang Dewan Rakyat dan beliau mempunyai sehingga 16 Januari tahun depan untuk mengambil sumpah jawatan atau berdepan risiko hilang kelayakannya.

Sementara itu, Liew juga meminta Musa mengemukakan laporan perubatan untuk membuktikan keadaan kesihatannya yang dikatakan serius.


Sama la anak beranak ni, kaki songlap, kaki auta..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2018 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 23-8-2018 08:55 AM
Menerima rawatan? Sakit mental ke uol? Takleh terima kenyataan ko tu dah bukan CM Sabah?

Depression kot
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.073713 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list