CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3180|Reply: 32

KPDNHEP jangka tiga senario harga barang akan berlaku

[Copy link]
Post time 21-8-2018 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
TANAH MERAH - Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan tiga senario harga barang akan berlaku selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September ini.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, situasi ini bergantung kepada barangan jualan dan ia tidak termasuk 22 barangan kawalan sedia ada.



Beliau berkata, kesan yang bakal berlaku itu melibatkan kenaikan harga, harga kekal dan penurunan harga barang.

"Sebelum ini dalam tempoh tiga bulan sifar Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) rakyat dapat menikmati harga barang yang tidak dikenakan sebarang cukai.

Advertisement

"Namun selepas SST diluluskan maka ada cukai terhadap barangan dan ada yang dikenakan kosong peratus, lima peratus dan 10 peratus bergantung kepada barangan yang dijual," katanya kepada media di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan majlis Taklimat Kepengunaan Kepada Ahli Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah(PAKAT) di Padang Siam.

Hadir sama, Penaung PAKAT, Datuk Seri Mohamad Supardi Md Noor dan, Pemangku Pengarah  KPDHEP Kelantan,Firdus Zakaria.

Saifuddin berkata, dalam perkembangan lain penyertaan ahli PAKAT sebagai Rakan KPDNHEP (Friends Of KPDNHEP) turut membantu pihaknya dalam usaha memantau harga barangan jualan di pasaran.

"Kita hanya ada 2,300 pegawai penguatkuasa untuk kerja-kerja pemantauan harga dan penguatkuasaan dan ini merupakan satu kekangan jadi bantuan dari rakan KPDNHEP amat dialu-alukan.

"Setakat ini seramai 800,000 Rakan KPDNHEP telah disenaraikan di seluruh Malaysia dan penambahan 15,000 ahli PAKAT adalah satu usaha yang disambut baik," katanya.

Rang Undang-Undang Cukai Jualan 2018 diluluskan hari ini iaitu salah satu undang-undang bagi membolehkan SST dilaksanakan pada 1 September ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2018 03:14 AM From the mobile phone | Show all posts
ingatkan muka jer mcm monyet, otak pun sama hahaha mai gelak ramai2 dgn mumu...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 07:32 AM From the mobile phone | Show all posts
nak memantau harga barang lah sgt.
mari kita tunggu hasil nya.kalu berjanji babi pun boleh terbang.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak tadika pon tau tiga senario ni Datuk. Tak cakap pon takpe.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 07:37 AM | Show all posts
barang mewah pun ada dpt zero rated sukur
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Adoi teruknya. Aku pun gigih baca sekali dia kata harga remains the same, akn naik atau akan turun? Ni common sense la wey, semua orang pun tahu. Adoiiii patheticnya menteri macam ni.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2018 08:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Captain obvious pfftttt
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 09:18 AM | Show all posts
so now, we wait and see, no?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2018 09:21 AM | Show all posts
Get ready je la. Bulan 9 bakal merabakkan poket anda....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 09:27 AM | Show all posts
akan naik... memang confirm..
ada sedikit kesempatan je memang akan naik punya harga barang..
minyak naik pun harga barang naik, minyak turun harga barang maintain tapi bos stesen minyak komplen rugi rugi rugi pulak..
bunyi nak implement gst, harga naik siap2 dah... implement gst, lagi naik mencanak2...
gst zero, harga tak turun alasan clear stok lama..
ada yang naik sesiap sebab prepare untuk sst..
implement sst, harga konfem naik la wei!
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 10:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Ttp naik..x mau turun...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 10:31 AM | Show all posts
3 senario tu benda logik akal, naik kekal turun. Apa kah??????....

DUSSS
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 12:27 PM | Show all posts
Amat berinfomasi kenyataan ni, amat membantu kami. Thanks pak menteri!

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 12:43 PM | Show all posts
spankee_fili replied at 21-8-2018 09:27 AM
akan naik... memang confirm..
ada sedikit kesempatan je memang akan naik punya harga barang..
miny ...

akak gi senheng kt melawati mall  ritu, katanya ada promosi merdeka, akak tanya la sampai bila, sales man cakap till end of this month, pastu harga dah naik lepas 31 ogos nanti

pegi GNC wellness kt jusco setiawangsa, pun sama, salesgirl cakap harga akan naik masuk bulan 9 ni

ber hu hu hu je lah secara berjemaah rakyat malaysia

GST tu ada bagusnya, setiap level kena cukai, in return, duit kutip GST tu lah cover belanja infrastruktur, kemudahan awam, perubatan bagai.... malangnya gomen sebelum entah apa diorg buat dgn duit GST tu dan peniaga2 pulak berlagak samseng sengaja je naikkan harga barang, gomen before this pun lembik je takde penguatkuasaan yg kuat kt peniaga2 ni

entahlah, rasanya Kedai MR. DIY je kot yg harga nya okay

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 02:32 PM | Show all posts
Turun harga ala Coca Cola


Mula-mula Perkenalkan Coca Cola RM1




Kemudian selepas beberapa bulan naikan harga!


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 02:38 PM | Show all posts
TANAH MERAH - Kementerian  Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjangkakan tiga senario harga barang akan berlaku selepas Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) dilaksanakan 1 September ini.

Menterinya, Datuk Saifuddin Nasution berkata, situasi ini bergantung kepada barangan jualan dan ia tidak termasuk 22 barangan kawalan sedia ada.



Beliau berkata, kesan yang bakal berlaku itu melibatkan kenaikan harga, harga kekal dan penurunan harga barang.


ayat play safe berkondom seorang menteri daripada pkr keturunan mendiling....malu la hang pudin....dulu time kempen dok sembang ekonomi macam baguih..la hang dah jadi menteri memang nampak sangat hang tu bowdow...ada kuasa tak tau guna...tau borak ja...ada pihak2 tertentu hang cuba selamatkan ka ceq? bowdow....sembahan macai hanat ni...wakakakakkakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2018 03:27 PM | Show all posts

Tiga Senario Harga Barang Bakal Wujud Selepas SST Dilaksanakan- Datuk Saifuddin

"Tiga senario harga barang dijangka berlaku iaitu harga barang akan meningkat, kekal ataupun mengalami penurunan selepas cukai jualan dan perkhidmatan (SST) dilaksanakan pada 1 September ini."


Kredit foto: carian internet



Memetik laporan Sinar Harian, perkara itu dimaklumkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Saifuddin Nasution Ismail.


"Selama tiga bulan rakyat menikmati musim 'tax holiday' dan ketika pelaksanaan cukai SST, cukai sebanyak 0 peratus, 6 peratus dan 10 peratus akan dikenakan ke atas barangan tertentu sahaja."


Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Taklimat Kepenggunaan kepada Ahli Pertubuhan Pakatan Anak Tanah Merah (Pakat) di Jalan Padang Siam.


Bagaimanapun, beliau memberi jaminan bahawa 22 senarai harga barang kawalan tidak akan mengalami kenaikan harga kerana perubahan hanya melibatkan barangan tertentu.


Seramai 800,000 Sahabat KPDNHEP disediakan oleh kementerian bagi membantu pihak penguat kuasa memantau harga barangan di seluruh negara.- CARI
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 03:43 PM | Show all posts
oni313 replied at 21-8-2018 12:43 PM
akak gi senheng kt melawati mall  ritu, katanya ada promosi merdeka, akak tanya la sampai bila, sa ...

patut gomen baru ni takyah tukar dah jadi SST sebab tau dah memang cuit sikit je harga akan naik..
tu tak kira cukai tahunan "raya cina", yang lepas raya cina konpem naikkkkk...
reduce kan je rate GST tu jadi 3% ke kan, pastu touch up kat mana yang tiris tu..
setiap layer check balik sikit2, sebab nasi dah jadi bubur, najib dah implement gst kan..
skang revert balik ke sst, memang saja bagi alasan untuk harga naik ler...
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Statement buang masa
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2018 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
3 senario yg tak terpk dek marhaennnn
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 10:11 PM GMT+8 , Processed in 0.069653 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list