Siapa tidak kenal dengan figura Neelofa yang cemerlang dalam apa jua bidang sama ada dunia hiburan, pengacaraan mahupun keusahawanan.
Malah, nama itu turut terpahat dalam dunia kecantikan dan aksesori jenama ternama apabila menjadi sebahagian daripada wajah promosi seperti Lancome dan swarovski.
Penampilannya yang anggun dengan bantuan jurumekap rasminya menjadikan penataan wajah Neelofa seringkali kelihatan anggun selari dengan gaya 'edgy' yang ingin dipamerkan. Maka, tidak hairanlah apabila adiknya, Ameera Khan turut mempunyai cita rasa sama dan ingin kelihatan seperti kakaknya.
Baru-baru ini, Ameera Khan berkongsikan gaya solekan moden yang dicipta olehnya sendiri. Memiliki rangkaian solekan jenama LMK Cosmetic, Ameera menggunakan produknya untuk melakukan eskperimen dengan gaya mekap unik.
Foto yang dikongsikan di Instagramnya itu mmendapat pujian daripada Neelofa dan seorang lagi kakaknya, Atisha Khan. Malangnya, netizen tidak mempunyai pendapat yang sama.
Netizen berpendapat, solekan tersebut keterlaluan dan tidak kena gayanya. Wajahnya dikatakan seperti burung kakak tua, demam kuning dan sebagainya.
Cercaan itu nampakanya tidak mendatangkan kesan kepada Ameera apbila dia tidak menghiraukan kata-kata negatif itu. Mungkin Ameera sudah belajar dari kesilapan lalu, dia kini mengambil sikap berdiam diri.
Foto: IG Little Miss Khan
Walau apapun cercaan yang diterima, gadis berusia 17 tahun ini sudah memiliki pernigaan sendiri dan mempunyai matlamat untuk masa depannya. Semoga Ameera terus sukses dalam bidang perniagaan yang diceburinya. Mana tahu, boleh tercalon dalam anugerah Forbes juga suatu hari nanti. - CARI |