CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2033|Reply: 10

Jepun Kini Guna Mesin Layan Diri Saja Jika Mengidam Sekeping Piza!

[Copy link]
Post time 17-8-2018 05:21 PM | Show all posts |Read mode




Sebuah mesin layan diri (vending machine) di Hiroshima, yang dipanggil Pizza Self memberikan akses kepada pembelian makanan segera piza untuk 24 jam sehari!


Seronoknya kalau ada mesin begini di Malaysia. Bila-bila masa mengidam, boleh terus dapatkan piza di mesin layan diri. Eh, tapi bagaimana dengan rasanya? Menurut pelanggan yang pernah menggunakan mesin itu, mereka tidak kecewa kerana rasanya sama seperti piz asli.





Foto: The Sun UK





SoraNews24 melaporkan mesin layan diri pizza berwarna merah, putih dan hijau itu menawarkan piza "segar dari ketuhar" dan ia diletakkan di hadapan kedai sewa video di selatan Pulau Honshu.


Ketika ini, terdapat dua jenis piza yang boleh dipesan dari mesin berkenaan iaitu perisa margherita berharga kira-kira 980 yen (RM35.50) dan empat keping piza keju berharga lebih 1280 yen (RM46.30).





Foto: The Sun UK





Untuk memesan piza ini, pelanggan membayar harga yang dipilih dan hanya perlu menunggu selama lima minit untuk piza siap dimasak. Piza itu kemudiannya dibekalkan dalam kotak beserta pemotong dan beg plastik.


Di Twitter, seorang pelanggan menguji rasa piza tersebut: "Ia mempunyai keju biru di atasnya! Ia benar-benar asli!"





Foto: The Sun UK





Walaupun restoran Pizza Hut dan Dominos terletak beberapa meter dari lokasi tersebut, masih ada pembeli yang beratur untuk memesan piza di mesin layan diri itu.


Selain itu, Jepun telah mempunyai lebih lima juta mesin layan diri di seluruh negara yang mengeluarkan minuman ringan, kopi, teh, rokok, gula-gula, makanan panas, dan juga bir. - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2018 06:04 PM | Show all posts
masuk duit syiling ambil kt bawah keluar nasi kakwok  ada budu sebotol
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 06:13 PM | Show all posts
macam hangit sikit pizza nya tu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 06:17 PM | Show all posts
cam agak rentung jer pizza tu
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Cam sendu pulak gambar piza nya..kalau lapaq sgt mungkin sedap ya amat la kut..good try
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 07:51 PM | Show all posts
Takpalah takdak pun, buat bertambah obes populasi mesia ni nanti.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-8-2018 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Hanatnya rupa pizza tu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-8-2018 08:03 PM | Show all posts
bukan dah lama ke pizza vending machine nih? tp pesen lain, siap dlm 2.5 minit dan ada pilihan 4 topping




dlm satu rancangan tv, chef manu feildeil try pizza mesin nih kat itali... bole tahan, katanya.
btw cupcake pun dah ada vending machine

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-8-2018 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols mmg salut ngan jepun ni sbb banyak menyediakan vending machine utk pelbagai fnb. Kat mesia ni takat junkfood adelah tp di malaya sj, sampai swk brp ketul je mesin tu, eg. kt hospital.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2018 05:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau kat Malaysia x berani la nak makan. Takut tak buat maintainance betul2.. sia2 je kang ada perasa lipas.. {:smile
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2018 01:08 PM | Show all posts
pizza segera selalunya kurang sedap..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.054483 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list